Kertas siasatan berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim telah dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lepas, disusuli dengan beberapa cadangan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata rujukan semula kes berkenaan antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terlibat dalam kematian Adib pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
Hamzah berkata antara cadangan yang dikemukakan ialah membuka semula inkues untuk siasatan sekiranya mendapat persetujuan Peguam Negara.
"Ia akan dibuat mengikut peruntukan Seksyen 339(2) Kanun Tatacara Jenayah dan tindakan ini susulan keputusan yang dicapai Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 Sept lepas.
"Mahkamah memutuskan punca kematian Adib bukan disebabkan kemalangan tetapi perbuatan jenayah oleh dua orang atau lebih suspek," katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Hamzah berkata berdasarkan keputusan itu, Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan selari arahan Jabatan Peguam Negara dan mengumpul bukti yang ada untuk dikemukakan semula kepada pihak pendakwaan.
Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.
Pada 27 Sept tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 04 2020
Pada 27 Sept tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Silat: 'Saya yang suruh Adib tarik diri' - Megat Zulkarnain
Insiden tegang tercetus selepas Adib menarik diri ketika menentang Aniq 'Asri Mohammad Yazid dari Singapura.
PDRM cadang adakan semula inkues kes Adib - Ketua Polis Negara
Abdul Hamid berkata PDRM masih menunggu arahan lanjut berhubung kes itu setelah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu.
"Saya boleh simpan Waytha Moorthy sebagai menteri" - Tun M
Januari lepas, Dr Mahathir berkata, beliau akan memutuskan kedudukan Waytha Moorthy menerima laporan penuh inkues kematian Muhammad Adib
Inkues Adib: Tiada siapa bangkitkan isu Syazlin sebelum ini - Zuraida
Tiada pihak yang mempertikaikan pelantikan peguam Syazlin Mansor sebelum ini dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Inkues Adib: "Perusuh panjat kereta dan pecahkan cermin guna kayu" - Saksi
Sekumpulan perusuh ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 dikatakan turut menyerang kenderaan orang awam selain melakukan serangan terhadap anggota bomba.
Inkues Adib: Punca kecederaan sukar dikenal pasti - Doktor
Pakar Bedah Kardio Torasik, Dr Anand Sachithanandan, 46, memberitahu mahkamah bahawa punca kecederaan Adib sukar untuk dikenalpasti. Ini menurutnya kerana kecederaan itu tertumpu di satu bahagian.
Inkues Adib: 'Bomba pergi balik, jangan padam kebakaran!' - Saksi kedua
Pemandu Jentera Fire Rescue Tender mendedahkan sekumpulan perusuh menjerit supaya pihak bomba pulang dan tidak membenarkan apabila jentera itu memasuki kawasan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.
Adib kini beransur pulih, sudah boleh menulis
Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan peningkatan dalam aspek kesihatannya dan kini mampu berkomunikasi dengan menggunakan papan putih.