LABUAN: Jumlah kes aktif COVID-19 di pulau bebas cukai ini meningkat 63 kali ganda sejak awal bulan lepas dengan empat kluster dijangka terus menyumbang kes baharu harian dua angka masing-masing hingga minggu depan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Labuan Rithuan Ismail, perkembangan itu dijangka menyaksikan Labuan terus mencatatkan kira-kira 200 kes baharu COVID-19 setiap hari.
"Pada awal bulan lepas, Labuan merekodkan tidak sampai 30 kes aktif, tetapi sekarang ada 1,885 kes aktif, sementara empat kluster tersebut, iaitu Victoria Merdeka, Simpang Sahari, Simpang Sungai dan Patau-Patau mencatatkan kes baharu lebih 10 kes setiap hari," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata setakat semalam, kluster Victoria Merdeka merekodkan kes kumulatif sebanyak 361 kes, Simpang Sahari (320), Patau-Patau (249) dan Simpang Sungai (156), sementara kluster Layangan kekal dengan 58 kes tanpa sebarang kes baharu dilaporkan sejak beberapa minggu lepas.
Labuan merekodkan kematian terkumpul sebanyak 39 kes setakat semalam.
Selain itu katanya jumlah mereka yang diuji positif kerana menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 meningkat lebih 10 peratus.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, Dewan Serba guna Perbadanan Labuan yang kini berfungsi sebagai pusat kuarantin berisiko rendah akan dijadikan wad untuk pesakit COVID-19 dalam masa terdekat.
Individu yang kini ditempatkan di situ akan dipindahkan ke Institut Latihan Perindustrian Labuan yang kembali beroperasi sebagai pusat rawatan berisiko rendah semalam, katanya.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Labuan merekodkan 209 kes baharu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 kini sebanyak 4,961.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021
Jumlah mereka yang diuji positif kerana menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 meningkat lebih 10 peratus. - Gambar fail
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.
Amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan selama tiga hari bermula Rabu
Keadaan cuaca ini dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, dan Sandakan, serta Labuan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.