KUALA LUMPUR: Sebanyak 12,291 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-39 (ME39/2022) iaitu dari 25 Sept hingga 1 Okt berbanding 12,963 kes pada ME38/2022, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Angka kes baharu berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 5.2 peratus.
Beliau berkata pada ME 39, bilangan kes tempatan menyusut 5.2 peratus kepada 12,260 berbanding 12,934 kes pada ME 38 manakala kes import pula meningkat 6.9 peratus kepada 31 kes berbanding 29 kes pada tempoh sama.
"Kes kematian COVID-19 pada ME 39 menurun sebanyak 35 peratus kepada 26 kes daripada 40 kes pada ME38 sementara purata kes aktif setiap hari bagi minggu sama menurun 2.5 peratus kepada 24,713 kes berbanding sebelumnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bilangan kes sembuh pada ME 39 pula menunjukkan penurunan 8.4 peratus kepada 12,534 kes daripada 13,677 kes pada ME 38, katanya.
Dr Noor Hisham berkata perbandingan data CAC fizikal dilaporkan pada ME 38 dan ME 39 menunjukkan bilangan kedatangan pesakit ke CAC berkurangan sebanyak sembilan peratus sementara bilangan kes COVID-19 yang menjalani pemantauan di rumah turun 53.5 peratus.
Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC maya) pada akhir ME 39, ia turun 10.8 peratus kepada 27,486 kes berbanding 30,819 kes pada akhir ME 38, katanya.
Menurut beliau, bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital pula telah meningkat sebanyak 8.2 peratus pada ME 39.
Katanya, jumlah kemasukan COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 39 berbanding ME 38 mencatatkan penurunan sebanyak 7.7 peratus bagi pesakit kategori satu dan dua manakala pesakit kategori tiga, empat dan lima turun 13.0 peratus.
Menurut Dr Noor Hisham, peratus pengisian katil COVID-19 pada ME 39 berbanding ME 38 turun satu peratus bagi katil bukan kritikal, turun tiga peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kekal hampir sebanyak sifar peratus bagi katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan juga menunjukkan penurunan 0.4 peratus pada ME 39 berbanding ME 38, katanya.
Dr Noor Hisham berkata dari 25 Jan 2020 (ME 4/2020) hingga 1 Okt 2022 (ME 39/2022) kumulatif kes baharu COVID-19 ialah 4,842,505 kes dengan kumulatif kes sembuh 4,781,138 kes.
Kumulatif kes kematian COVID-19 ialah 36,374 kes sementara kumulatif kluster sebanyak 7,081 kes dengan 13 kluster masih aktif, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Dr Noor Hisham berkata, angka kes baharu berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 5.2 peratus. - Gambar fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.