Kes baharu COVID-19 hari ini jatuh kepada 16,073, Sarawak masih tertinggi - KP Kesihatan

Firdaus Azil
September 13, 2021 08:09 MYT
Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah angka 1,995,771 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sarawak terus menjadi negeri tertinggi mencatatkan jangkitan harian baharu COVID-19 iaitu sebanyak 3,352 kes.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes harian baharu seluruh negara pada hari ini telah jatuh kepada 16,073 kes.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 1,995,771 kes.
Dr Noor Hisham berkata, Johor merupakan negeri kedua tertinggi iaitu sebanyak 2,030 kes, diikuti Selangor (1,947) dan Sabah (1,649).
Selain itu, negeri yang mencatatkan bilang kes melebihi 1,000 ialah Pulau Pinang (1,243), Kedah, (1,191), Kelantan (1,070) dan Perak (1,011).

Sehingga 13 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 16,073 kes (1,995,771 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,947 (643,580) WPKL - 398 (180,466) Sabah - 1,649 (175,512) Johor - 2,030 (166,251) Sarawak - 3,522 (160,320) Kedah - 1,191 (119,118)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu Pahang pula mencatatkan 878 kes, diikuti Terengganu (704), Kuala Lumpur (398) dan Melaka (206).
Negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 pula ialah Perlis (41), Putrajaya (16), dan Labuan (11).
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kapasiti penggunaan katil COVID-19 sehingga pukul 5 petang Ahad ialah 75 peratus untuk katil bukan ICU dan 83 peratus untuk katil ICU.

Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 13 September 2021: 1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 12 September 2021, 5pm) Penggunaan katil Bukan ICU 75% Penggunaan katil ICU 83% pic.twitter.com/Ts2jVisLe0

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengenai status vaksinasi pula, beliau berkata, sehingga 12 malam Ahad, 65.4 peratus populasi keseluruhan telah menerima satu dos vaksin dan 52.6 peratus populasi keseluruhan telah lengkap dua dos.
Selain itu, beliau berkata, 91.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima satu dos vaksin, manakala 73.4 peratus telah lengkap dua dos vaksin.
#kes harian COVID-19 #KP Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah #vaksinasi