awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes basikal lajak: Pemandu wanita fail rayuan

Bernama
Bernama
14/04/2022
12:10 MYT
Kes basikal lajak: Pemandu wanita fail rayuan
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Pemandu wanita yang disabitkan kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lepas, hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Peguam Muhammad Faizal Mokhtar yang mewakili Sam Ke Ting, 27, berkata notis usul bagi kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 yang dijatuhkan terhadap anak guamnya difailkan menerusi sistem e-filing mahkamah.
"Untuk makluman, notis usul untuk kebenaran merayu atau penangguhan hukuman serta perakuan segera difailkan melalui e-filing. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada Sam Ke Ting," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam atas pertuduhan tersebut serta hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh pemenjaraan.
Jika dia gagal membayar denda, boleh dipenjara enam bulan.
[TERKINI] Sam Ke Ting dihukum enam tahun penjara
Mahkamah itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Okt tahun lepas, yang melepaskan dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan.
Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.
Dalam kejadian itu, lapan remaja maut terdiri daripada Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#basikal lajak
#kerani wanita
#rayuan
#Sam Ke Ting
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan