awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Batu Puteh: Biadab pun biadablah, saya cakap benar - Tun M

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
30/06/2022
01:10 MYT
Kes Batu Puteh: Biadab pun biadablah, saya cakap benar - Tun M
Dr Mahathir bercakap kepada media selepas pertemuan bersama pengusaha-pengusaha feri Langkawi di sebuah hotel di Kuah, Langkawi, 29 Jun 2022. - Foto Astro AWANI
LANGKAWI: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak kisah dilabelkan sebagai biadab berhubung kenyataannya melibatkan institusi diraja di Malaysia yang didakwa bebas serta mengatasi undang-undang.
Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau hanya bercakap mengenai apa yang sememangnya berlaku, termasuk soal kedaulatan negara.
"(Mereka nak panggil saya) biadab (pun), biadablah. Tetapi apa yang saya katakan ini berlaku. Seketul batu yang tidak sampai setengah meja besarnya, buat macam-macam, kononnya (atas nama) kedaulatan.
"Tetapi (mereka) pergi jual 1,700 ekar tanah Johor kepada orang China, bukan 'Malaysian Chinese', itu lebih dahsyat lagi, tetapi itu (mereka melihatnya sebagai) tiada masalah," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas pertemuan bersama pengusaha-pengusaha feri Langkawi di sebuah hotel di Kuah, di sini, semalam.
Pada Selasa, beliau menganggap kenyataan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh adalah semata-mata pendapat baginda.
Kes Batu Puteh | Saya bercakap perkara benar - Tun M
Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, ia juga bukan kenyataan yang dibuat oleh mana-mana hakim dalam menentukan sebarang keputusan.
Sebelum ini, beliau mendakwa kenyataannya yang mendesak Johor menuntut semula Riau dan Singapura kerana kedua-dua wilayah itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu, telah dilaporkan di luar konteks.
Jelasnya, kenyataan beliau hanya merujuk kepada Pulau Batu Puteh yang pemilikannya menjadi kebimbangan rakyat Malaysia berbanding wilayah lain yang sebelum ini diambil dari Malaysia.
Dakwa Dr Mahathir, kehilangan pulau kecil itu bukanlah satu perkara besar dan ia merupakan kesilapan kerajaan Johor sendiri.
Topic Berkaitan
#Batu Puteh
#Johor
#Mahathir Mohamad
#biadab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan