Kes belasah doktor sampai terduduk: Dua lelaki ditahan

Sinar Harian
Oktober 7, 2019 08:42 MYT
Kejadian doktor itu diserang turut dirakam dipercayai menggunakan telefon bimbit oleh seseorang serta tular di media sosial. - Foto fail/Astro AWANI
Polis telah menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang doktor perubatan dipukul seorang lelaki di kliniknya di Bandar Baru Bangi, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dua lelaki berusia 37 dan 32 tahun itu ditahan semalam.
“Kita telah memohon reman ke atas kedua-dua individu itu di Mahkamah Kajang, lelaki berusia 32 tahun direman sehari bagi membantu siasatan, manakala reman seorang lagi lelaki telah ditolak,” katanya.
Dalam kejadian pada jam 3.45 petang itu, mangsa telah dipukul di muka dan badan.
Kejadian doktor itu diserang turut dirakam dipercayai menggunakan telefon bimbit oleh seseorang serta tular di media sosial.
BACA: Tular: Polis terima laporan doktor dibelasah di Bandar Baru Bangi
Menerusi rakaman berdurasi dua minit 20 saat itu, suspek dikatakan menyerang doktor berkenaan berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang keluar bersama isterinya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Fahrul Anuar di talian 014-3700870.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/50941/BERITA/Jenayah/Kes-belasah-doktor-Dua-lelaki-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
#Ahmad Dzaffir Mohd Yussof #Bandar Batu Bangi #doktor dibelasah #Kajang #mahkamah #media sosial #perubatan