MALAYSIA
Kes buli MRSM: Asyraf Wajdi dedah ada ibu bapa pelajar dibuang sekolah mahu saman
Asyraf menegaskan tidak gentar sekiranya disaman atas pendirian dan tindakan tegas yang dilaksanakan oleh beliau dan Mara demi membanteras isu buli. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, mendedahkan ada ibu bapa pelajar yang dibuang sekolah kerana terbabit kesalahan buli, mahu menyaman beliau.
Ringkasan AI
Beliau bagaimanapun menegaskan tidak gentar sekiranya disaman atas pendirian dan tindakan tegas yang dilaksanakan oleh beliau dan Mara demi membanteras isu buli.
“Saya dimaklumkan ada ibu bapa yang anak-anaknya dibuang MRSM kerana kes buli mahu saman saya dan Mara.
"Saya katakan ‘Bring it on!’. Saya hendak jaga keselamatan majoriti pelajar bukan segelintir yang berlagak samseng,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Menurut beliau, keselamatan majoriti pelajar menjadi keutamaan pihaknya dan kekal dengan prinsip 'You Touch, You Go'.
Ringkasan AI
- Pengerusi Mara mendedahkan ada ibu bapa pelajar yang dibuang sekolah kerana kes buli mahu menyaman beliau dan Mara.
- Beliau menegaskan tidak gentar dengan tindakan saman dan kekal tegas dengan prinsip 'You Touch, You Go' demi keselamatan majoriti pelajar.
- Tindakan tegas itu diambil bagi membanteras budaya samseng dan menjaga persekitaran pembelajaran yang selamat di MRSM.