KUALA LUMPUR: Dua individu didakwa secara berasingan di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini berkaitan kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber pada 5 Julai lalu.
Di Mahkamah Majistret, seorang pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100 kerana mengeluarkan kata-kata kesat menerusi akaun TikTok untuk membangkitkan kemarahan.
Wanita itu, P Shalini, 35, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret M S Arunjothy.
Mengikut pertuduhan, wanita itu dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok dengan profil 'alphaquinnsha' bertujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di sebuah premis di Jalan Ipoh, di sini, pada 4.10 pagi, 1 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang boleh dihukum denda maksimum RM100.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafiezah Mohamed Fauzi memohon satu hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen pula seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi lucah serta mengaibkan ibu Esha di aplikasi TikTok.
Bagi pertuduhan pertama, B Sathiskumar, 44, mengaku bersalah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang lucah sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Tiktok menggunakan nama profil Tiktok "@dulal_brothers_360" pada 30 Jun lalu pada 10.12 malam dan hantaran itu dibaca pada 10.15 malam di Jalan Ipoh, di sini, 30 Jun lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Sathiskumar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan dan mengganggu kesantunan P R Puspa, 56, iaitu ibu kepada mendiang Esha melalui perkhidmatan aplikasi Tiktok dengan menggunakan nama profil TikTok sama pada tarikh, masa dan tempat sama.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi dua pertuduhan dengan dua penjamin serta syarat tambahan pasport perlu diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai dan tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis berhampiran setiap awal bulan.
Mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Siti Aminah Ghazali kemudian menetapkan 16 Ogos ini bagi sebutan semula kes berikutan tertuduh memaklumkan kepada mahkamah dia memerlukan peguam bagi prosiding seterusnya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM36,000 secara bercagar bagi kedua-dua pertuduhan itu dan syarat tambahan seperti diminta pendakwaan.
Astro Awani
Tue Jul 16 2024
Sathiskumar (kanan) dan Shalini dibawa ke Mahkamah Majistret dan Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
48 individu ditahan terbabit penipuan dalam talian di Port Dickson
Polis menahan 48 individu kerana terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian menerusi Ops Belatuk dan Ops Nuri yang dijalankan di empat lokasi berasingan.
Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Suami Zahnita Wilson akan didakwa esok, turut positif dadah
Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, akan didakwa di mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis.
Lelaki didakwa tipu bagi dapatkan gelaran 'Dato'
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran gelaran 'Dato' yang tidak wujud, tiga tahun lepas.
Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum penjara setahun, denda RM4,500
Tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan secara bersama dengan dua rakan sekerjanya melakukan jenayah itu.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.