MALAYSIA
Kes buli Zara Qairina: Beberapa suspek akan dituduh di mahkamah - AGC
AGC menegaskan bahawa keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengumumkan akan mendakwa beberapa suspek dipercayai terbabit dalam kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir, yang meninggal dunia selepas ditemui terjatuh di bangunan asrama sekolahnya di Papar, 16 Julai lalu.
Ringkasan AI
AGC dalam satu kenyataan media memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada keterangan yang diperoleh, hasil penelitian kertas siasatan kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.
"Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menganggu proses inkues yang akan berjalan.
"Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, laporan menyebut, ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat dikenal pasti sebagai antara saksi yang akan dipanggil pada prosiding inkues bagi mengenal pasti punca kematian pelajar terbabit yang bermula 3 September depan.
Peguam mewakili keluarga arwah Zara Qairina, Hamid Ismail, berkata semua yang dipanggil polis sebelum ini termasuk guru dan pelajar dari sekolah terbabit juga dijangka dipanggil sepanjang inkues itu.
Katanya, pada prosiding itu pihaknya memohon menjadi 'interested party' atau pihak yang boleh menyoal saksi yang dipanggil pada pendengaran di Mahkamah Koroner itu nanti.
Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Kematian tragis remaja itu mencetuskan gelombang simpati dan kemarahan rakyat, terutama selepas dikaitkan dengan dakwaan buli di sekolah terbabit.
Tanda pagar #JusticeForZara digunakan secara meluas di media sosial sebagai solidariti menuntut keadilan dan siasatan telus.
Ringkasan AI
- Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek atas kesalahan buli berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tanpa menjejaskan prosiding inkues yang akan bermula 3 September.
- Siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berjalan, dan prosiding inkues akan memanggil saksi termasuk ibu Allahyarham, Noraidah Lamat, guru serta pelajar dari sekolah terbabit.
- Peguam keluarga arwah memohon menjadi pihak berkepentingan dalam inkues bagi membolehkan mereka menyoal saksi yang dipanggil ke Mahkamah Koroner.
AGC dalam satu kenyataan media memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada keterangan yang diperoleh, hasil penelitian kertas siasatan kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.
"Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menganggu proses inkues yang akan berjalan.
"Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, laporan menyebut, ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat dikenal pasti sebagai antara saksi yang akan dipanggil pada prosiding inkues bagi mengenal pasti punca kematian pelajar terbabit yang bermula 3 September depan.
Peguam mewakili keluarga arwah Zara Qairina, Hamid Ismail, berkata semua yang dipanggil polis sebelum ini termasuk guru dan pelajar dari sekolah terbabit juga dijangka dipanggil sepanjang inkues itu.
Katanya, pada prosiding itu pihaknya memohon menjadi 'interested party' atau pihak yang boleh menyoal saksi yang dipanggil pada pendengaran di Mahkamah Koroner itu nanti.
Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Kematian tragis remaja itu mencetuskan gelombang simpati dan kemarahan rakyat, terutama selepas dikaitkan dengan dakwaan buli di sekolah terbabit.
Tanda pagar #JusticeForZara digunakan secara meluas di media sosial sebagai solidariti menuntut keadilan dan siasatan telus.

#Jabatan Peguam Negara
#Zara Qairina Mahathir
#Polis Diraja Malaysia
#Noraidah Lamat
#kes buli
#terkini