awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh 2 wanita: Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Tinggi Sibu

Bernama
Bernama
02/03/2022
16:01 MYT
Kes bunuh 2 wanita: Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Tinggi Sibu
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sibu Christopher Chin Soo Yin menetapkan tarikh itu semasa Ahmad Robin dibawa ke mahkamah di sini hari ini, untuk sebutan kes.
SIBU: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang didakwa membunuh dua wanita warga Indonesia di Daro bulan lepas akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Tinggi Sibu, Jumaat ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sibu Christopher Chin Soo Yin menetapkan tarikh itu semasa Ahmad Robin dibawa ke mahkamah di sini hari ini, untuk sebutan kes.
Kes tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi daripada Mahkamah Majistret Sarikei dan tiada pertuduhan dibacakan kepada lelaki itu.
Mahkamah juga menetapkan perbicaraan akan bermula dengan suami kepada mangsa wanita itu memberi keterangan selepas sebutan semula kes pada tarikh ditetapkan.
Ini adalah bagi membolehkan suami mangsa membawa pulang jenazah isteri masing-masing ke Indonesia untuk dikebumikan.
Ahmad berhadapan dua pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Sarikei pada 25 Feb lepas.
Dalam pertuduhan pertama dia dituduh membunuh Pandang Sarang pada pukul 11 pagi di sebuah ladang kelapa sawit di Daro pada 11 Feb tahun ini sementara dalam pertuduhan kedua Ahmad didakwa membunuh Muli Laha pada pukul 11 malam hari sama di sebuah lagi ladang kelapa sawit juga di Daro.
Timbalan Pendakwa Raya Dona Liyanna Sabariah Azmi mengendalikan pendakwaan sementara Ben Lau ditugaskan sebagai peguam mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh dua wanita
#Daro
#Sarawak
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan