Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Kes bunuh di restoran: Mangsa ditembak dan ditetak, miliki 42 rekod jenayah - Polis

Bernama 20/11/2025 | 07:42 MYT
Lelaki maut berhampiran restoran di Nusari Biz Sendayan disyaki ditetak dan ditembak oleh sekumpulan individu bersenjatakan pistol dan parang. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Lelaki yang dilaporkan maut berhampiran sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di sini, malam tadi dipercayai ditetak dan ditembak oleh sekumpulan individu bersenjatakan pistol dan parang.


Ringkasan AI
  • Lelaki maut berhampiran restoran di Nusari Biz Sendayan disyaki ditetak dan ditembak oleh sekumpulan individu bersenjatakan pistol dan parang.
  • Mangsa berusia 33 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian dengan kesan tetakan dan tembakan; siasatan awal dedahkan beliau mempunyai 42 rekod jenayah.
  • Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek serta kenderaan dipercayai sedang diburu.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata mangsa berusia 33 tahun itu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Pemeriksaan awal terhadap tubuh mangsa mendapati terdapat kesan tetakan dan tembakan.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan mangsa mempunyai 42 rekod jenayah atas pelbagai kesalahan termasuk samun, mendatangkan kecederaan, dan pecah rumah.

"Siasatan mendapati mangsa hadir ke restoran berhampiran lokasi kejadian bersama keluarga untuk makan malam. Ketika menuju ke kenderaan, beberapa kereta yang dinaiki enam suspek dipercayai lelaki berpelitup muka menghalang kereta mangsa sebelum menyerangnya.

"Mangsa cuba melarikan diri ke arah jalan raya, namun suspek terus mengejar dan melepaskan tembakan serta menyerang menggunakan parang sehingga dia mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Alzafny berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, dan polis kini giat memburu semua suspek serta mengesan kenderaan dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-603222 bagi membantu siasatan," katanya.

Pagi tadi, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahman dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki memaklumkan insiden tembakan dan serangan menggunakan senjata tajam di kawasan tersebut pada 11.23 malam.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keadaan yang berlaku berhubung insiden kematian lelaki berusia 33 tahun di Nusari Biz Sendayan?
    A: Lelaki berusia 33 tahun dilaporkan maut berhampiran sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan selepas diserang oleh sekumpulan individu bersenjatakan pistol dan parang.
  • Q: Apa yang ditemui dalam pemeriksaan awal terhadap tubuh mangsa?
    A: Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan tetakan dan tembakan pada tubuh mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian.
  • Q: Apa yang diketahui mengenai latar belakang mangsa berdasarkan siasatan awal?
    A: Siasatan awal mengesahkan bahawa mangsa mempunyai 42 rekod jenayah atas pelbagai kesalahan seperti samun, mendatangkan kecederaan, dan pecah rumah.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak polis berhubung kes ini?
    A: Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 serta giat memburu suspek dan mengesan kenderaan yang terlibat.
  • Q: Bagaimana orang awam boleh membantu siasatan kes ini?
    A: Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-603222 bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.



#Seksyen 302 Kanun Keseksaan #Nusari Biz Sendayan #ditembak di restoran #pistol dan parang