awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh: Dua pemungut telur penyu dihukum gantung sampai mati

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2021
06:11 MYT
Kes bunuh: Dua pemungut telur penyu dihukum gantung sampai mati
Kedua-dua mereka melakukan kesalahan itu pada 3 Jun 2016 di tepi Pantai Geliga berhadapan sebuah sekolah di Chukai, Kemaman sekitar jam 7 pagi. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Dua pemungut telur penyu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada tahun 2016.
Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz terhadap Faizol Aznan Muhamad, 40, dan Mohd Riduan Ismail, 32, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa membunuh Razak Abdullah yang ketika kejadian berusia 45 tahun.
Kesalahan itu dilakukan pada 3 Jun 2016 di tepi Pantai Geliga berhadapan sebuah sekolah di Chukai, Kemaman, jam 7 pagi.
Mahkamah | Dua pemungut telur penyu dijatuhi hukuman gantung
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah dan Intan Nor Hilwani Mat Rifin.
Manakala tertuduh diwakili peguam, Ghazali Ismail dan Masliela Ismail.
Topic Berkaitan
#bunuh
#hukum gantung
#Kemaman
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#pemungut telur penyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan