awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Eric Chang: Sebutan semula pada 21 Jun

Bernama
Bernama
09/05/2022
05:22 MYT
Kes bunuh Eric Chang: Sebutan semula pada 21 Jun
Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Dora Undau menetapkan tarikh itu selepas permohonan dibuat oleh pihak pendakwaan bagi menunggu laporan kimia pada prosiding kes hari ini. - Gambar fail
KUCHING: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 21 Jun depan untuk sebutan semula kes pasangan suami isteri yang didakwa membunuh kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jiw pada Mac lepas.
Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Dora Undau menetapkan tarikh itu selepas permohonan dibuat oleh pihak pendakwaan bagi menunggu laporan kimia pada prosiding kes hari ini.
Tertuduh Ling Kok Liang, 51, bersama Wendy Chai Xue Zhen, 36, penjaga kepada kanak-kanak terbabit, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
Mereka didakwa menyebabkan kematian Eric di No 1493, Lorong 2, Taman Riverview, Jalan Daya, Bintawa di sini antara pukul 5 petang 4 Mac hingga 9.15 pagi pada 8 Mac.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Chuan Yi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Eric Chang Wei Jiw
#Ling Kok Liang
#Wendy Chai Xue Zhen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan