awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh guna lembing, 2 beranak direman seminggu

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
02/09/2021
10:38 MYT
Kes bunuh guna lembing, 2 beranak direman seminggu
Shafee berkata, kedua-dua lelaki berusia 29 dan 50-an itu ditahan selepas polis menerima laporan kejadian berkenaan. - Gambar hiasan
SEBERANG JAYA: Polis menahan reman dua beranak selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Tun Hussein Onn di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisinoner Shafee Abd Samad berkata, kedua-dua lelaki berusia 29 dan 50-an itu ditahan selepas polis menerima laporan kejadian berkenaan.
Shafee berkata, polis masih menyiasat lanjut kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan termasuk mengenal pasti motif kejadian.
Terdahulu, sumber memberitahu, dalam kejadian jam 11.30 malam Selasa itu, seorang lelaki berusia 29 tahun maut selepas terkena tikaman senjata tajam dipercayai lembing.
"Mangsa dipercayai datang bersama sekumpulan lelaki bersenjatakan parang bertindak menyerang rumah suspek di tingkat dua pangsapuri berkenaan.
"Berlaku pergaduhan antara kumpulan tersebut sebelum suspek yang berada di dalam rumah dipercayai bertindak menyerang kumpulan 10 lelaki dengan menggunakan senjata tajam.
"Mangsa dipercayai terkena tikaman pada bahagian dada susulan serangan balas daripada suspek tersebut," katanya.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan pada jam 12.10 tengah malam.
Topic Berkaitan
#tikam guna lembing
#Taman Tun Hussein Onn
#kes bunuh
#Shafee Abd Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan