MALAYSIA
Kes bunuh Kevin Morais: Bekas patologi fail permohonan semak semula hukuman mati
Notis usul ada menyebut bahawa Kunaseegaran, 62, memohon agar rayuannya didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan. - Bernama
PUTRAJAYA: Seorang bekas kolonel yang juga ahli patologi R. Kunaseegaran, yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kevin Anthony Morais pada 2015, telah memfailkan permohonan semakan semula untuk membatalkan sabitan terhadapnya dalam kes itu.
Peguam Datuk N.Sivananthan dan Jasmine Cheong, yang mewakili Kunaseegaran, ketika dihubungi mengesahkan memfailkan permohonan itu pada 14 Nov lepas di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
Notis usul yang dilihat oleh Bernama menyebut bahawa Kunaseegaran, 62, memohon agar rayuannya didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan.
Pada 1 Julai lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan Kunaseegaran dan dua lagi dalam kes pembunuhan Morais, yang mayatnya ditemukan dalam tong berisi simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 Sept 2015.
Bagaimanapun, S. Nimalan, 31, dan Ravi Chandran, 53, terlepas hukuman gantung selepas mahkamah sama menggantikannya dengan penjara seumur hidup.
Nimalan dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dengan 12 sebatan manakala Ravi Chandran, yang dihukum penjara 40 tahun, tidak dikenakan sebatan kerana berusia lebih 50 tahun.
Panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat (kini bersara) memutuskan bahawa hukuman mati ke atas Kunaseegaran kekal kerana dia telah menarik balik rayuan berhubung perkara itu.
Panel itu, yang dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim (kini bersara) dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang, telah melepas dan membebaskan tiga individu lain iaitu R. Dinishwaran, 32, A.K. Thinesh Kumar, 31, dan M. Vishwanath, 34, dalam kes tersebut.
Pada 10 Julai 2020, keenam-enam lelaki telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh Morais, 55, di lokasi sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015.
Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan mereka pada 14 Mac tahun lepas.
Menerusi afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan semakan itu, Kunaseegaran mendakwa beliau telah mengalami ketidakadilan yang serius dan berhak mendapat perbicaraan yang sewajarnya serta adil.
-- BERNAMA