awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Kevin Morais: Enam individu ke tali gantung

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/07/2020
07:29 MYT
Kes bunuh Kevin Morais: Enam individu ke tali gantung
Mangsa dilaporkan hilang pada 4 September 2015, selepas tidak hadir ke pejabat. - Gambar fail
Enam individu dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan mereka dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, lima tahun lalu.
Mereka adalah pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 28; AK Thinesh Kumar, 27, M Vishwanath, 30, dan S Nimalan, 27.
Hakim Datuk Azman Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
BACA: Tertuduh ketujuh mengaku padam nombor casis, enjin kereta Kevin Morais
BACA: Kevin Morais mungkin diterkup di kepala sehingga mati - Pakar forensik
Kesemua tertuduh berbuat demikian ketika mangsa dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, pada 4 September 2015.
Mangsa dilaporkan hilang pada 4 September 2015, selepas tidak hadir ke pejabat.
Mayat mangsa ditemui di satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ1, dalam tong dram yang diisi konkrit, pada 16 September.
Perbicaraan bermula pada 6 April 2016, dengan 84 saksi dipanggil, termasuk 14 daripada pihak pembelaan.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan peguam bela, Datuk N Sivananthan dan Datuk Sheelan Arjunan yang mewakili semua tertuduh dan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin serta Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Topic Berkaitan
#Anthony Kevin Morais
#bunuh
#hilang
#mahkamah
#mangsa
#mati
#mayat
#tali gantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan