MALAYSIA
Kes bunuh Nur Farah Kartini, sebutan kes representasi pada 10 September
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan tarikh 10 September depan bagi sebutan kes untuk pembelaan memasukkan representasi seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang didakwa membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, tahun lalu.
Ringkasan AI
- Mahkamah menetapkan 10 September sebagai tarikh sebutan kes untuk pembelaan memaklumkan sama ada akan memasukkan representasi, selepas menerima dokumen berkaitan seperti laporan patologi, kimia dan forensik daripada pihak pendakwaan.
- Tertuduh, Muhammad Alif Monjani, seorang Lans Koperal, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah antara 10 hingga 15 Julai 2024, dengan mayat mangsa ditemukan di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.
- Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Jelasnya, dokumen yang diserahkan Timbalan Pendakwa Raya, Maizatul Munirah Abdul Rahman itu antaranya meliputi laporan patologi, kimia dan forensik.
“Justeru, kita (pihak pembelaan) memerlukan tempoh bagi meneliti keseluruhan dokumen berkenaan.
“Kami akan memaklumkan kepada mahkamah sama ada akan memasukkan representasi atau tidak pada 10 September nanti," katanya ketika ditemui selepas prosiding itu, di sini pada Selasa.
Turut menghadiri prosiding itu, peguam Goh Chee Kian dan Mohd Norazihan Adnan yang bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga.
Pada 12 Jun lalu, Muhammad Alif mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini, 25, yang mayatnya ditemukan dalam ladang kelapa sawit di Ladang SKC Kledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian wanita itu antara pukul 9 pagi, 10 Julai hingga pukul 6 petang, 15 Julai 2024.
Pertuduhan itu dikemukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati penjara atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Selepas lima hari mayat wanita itu ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami