NATIONAL

Kes bunuh Nurul Asikin dipindah ke Mahkamah Tinggi

Bernama 26/05/2025 | 08:15 MYT
Mahkamah Majistret di sini pada Isnin memerintahkan perbicaraan kes pemandu e-hailing yang didakwa membunuh Nurul Asikin Lan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuching. - Gambar/ Sinar Harian
KUCHING: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin memerintahkan perbicaraan kes pemandu e-hailing yang didakwa membunuh Nurul Asikin Lan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuching.


Ringkasan AI
  • Mahkamah Majistret memerintahkan kes pembunuhan Nurul Asikin Lan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuching selepas permohonan Timbalan Pendakwa Raya diluluskan.
  • Tertuduh, Zakwan Mokhtar, 23, didakwa membunuh mangsa yang mayatnya ditemukan dalam longkang pada Disember lalu, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Laporan DNA, bedah siasat, dan mesej WhatsApp telah diperoleh, dan suspek dikatakan mengaku membunuh kerana terdesak mahu menonton perlawanan bola sepak.


Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei untuk memindahkan kes Zakwan Mokhtar, 23, yang didakwa mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya itu memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat ke atas mayat Nurul Asikin, 28, termasuk pengekstrakan kandungan mesej di aplikasi WhatsApp.

Mengikut pertuduhan, Zakwan didakwa membunuh Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai ‘Amoi’, dengan mayatnya ditemukan dalam keadaan reput di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan di sini pada 9.10 malam, 14 Dis tahun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan boleh disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, media melaporkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata suspek mengaku melakukan pembunuhan itu kerana terdesak memerlukan wang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. - Bernama



#kes bunuh #Sarawak #Nurul Asikin Lan #mayat dalam longkang