MALAYSIA
Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional: Seorang dipenjara 30 tahun, 12 lagi menanti pengampunan TYT
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34. - Gambar/ Astro AWANI
TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan ke atas seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu selepas didapati bersalah membunuh rakan asramanya, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.
Ringkasan AI
Hakim Datuk Duncan Sikodol ketika membuat keputusan berkata, 12 lagi tertuduh yang terlibat dalam kes sama, masing-masing diperintah menjalani hukuman penjara sehingga mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Mahkamah mengambil kira faktor umur kesemua tertuduh yang ketika kejadian berusia antara 16 hingga 19 tahun, selain meneliti laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tertuduh sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding 22 Ogos lalu, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap semua tertuduh.
Dalam kejadian tragis itu, mangsa ditemui meninggal dunia dengan 102 kesan lebam, lima luka melecet serta tanda-tanda mempertahankan diri di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu antara jam 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac 2024.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abdul Latif bersama Ng Jhun Tao.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi Tawau menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan ke atas seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu selepas didapati bersalah membunuh rakan asramanya, Mohamad Nazmie Aizzat, dalam kejadian pada Mac 2024.
- Seramai 12 lagi tertuduh yang terlibat dalam kes sama diperintah menjalani hukuman penjara sehingga mendapat pengampunan Yang di-Pertua Negeri Sabah, dengan mahkamah mengambil kira faktor umur dan laporan akhlak daripada JKM.
- Mangsa ditemui meninggal dunia dengan kesan kecederaan serius di bilik asrama, dan kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, dengan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif dan Ng Jhun Tao.