MALAYSIA
Kes bunuh Puchong: Rakan serumah ditahan, suspek utama dikenal pasti - Polis
Mangsa berusia 49 tahun ditemui tidak sedarkan diri di tangga sebuah rumah kedai di kawasan Pusat Bandar Puchong sekitar jam 7 malam tadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki warga India yang juga rakan serumah kepada suspek utama bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga India di tangga sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Puchong, pada Khamis.
Ringkasan AI
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, suspek utama yang juga warganegara India telah dikenal pasti dan usaha mengesan individu berkenaan sedang giat dijalankan.
Menurutnya, empat individu termasuk pengadu telah dipanggil bagi membantu siasatan.
“Semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati terdapat visual yang boleh membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa, yang bekerja sendiri sebagai juru elektrik, telah menetap di Malaysia selama kira-kira 19 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan mangsa berusia 49 tahun ditemui tidak sedarkan diri di tangga sebuah rumah kedai di kawasan Pusat Bandar Puchong sekitar jam 7 malam tadi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-80742222 bagi membantu siasatan.
Ringkasan AI
- Enam lelaki warga India ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di tangga rumah kedai dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
- Polis sedang giat mengesan suspek utama yang juga warganegara India, dengan bantuan rakaman CCTV yang menunjukkan visual penting untuk siasatan.
- Mangsa berusia 49 tahun bekerja sebagai juru elektrik dan telah menetap di Malaysia hampir dua dekad. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.