Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan ke 10 Ogos ini untuk mendengar rayuan empat lelaki dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lain selepas seorang peguam menarik diri daripada mewakili seorang daripada tertuduh.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali dijadual mendengar rayuan itu selama lima hari bermula hari ini.
Bagaimanapun, pendengaran ditangguhkan selepas peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan kepada mahkamah yang beliau menarik diri daripada mewakili tertuduh keempat R. Kathavarayan susulan surat dan laporan polis dibuat oleh tertuduh (Kathavarayan).
Peguam itu berkata Kathavarayan telah membuat laporan polis bertarikh 20 April tahun ini menyatakan dia tidak mahu beliau (Hisyam) mewakilinya atas alasan kepentingannya akan terjejas.
Kathavarayan juga menyatakan dalam laporan itu yang dia mahukan peguam bangsa India yang fasih bahasa Tamil mewakilinya untuk memudahkannya berkomunikasi dengan peguam itu.
Menjawab dakwaan Kathavarayan itu, Hisyam berkata alasan diberikan Kathavarayan dalam laporan polis itu tidak betul dan menurutnya beliau telah melakukan yang terbaik untuk melindungi kepentingan tertuduh.
Hakim Aziah berkata sebagai langkah awal, beliau terlebih dahulu telah meminta pendaftar mahkamah mendapatkan peguam bela seperti diminta Kathavaraya dan telah melantik M. Stanislaus Vethanayagam sebagai peguam yang dilantik mahkamah untuk mewakili tertuduh.
Beliau kemudian bertanya kepada Kathavarayan sama ada bersetuju diwakili Stanislaus dan tertuduh bersetuju.
Hakim Aziah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam kemudiannya membenarkan permohonan Hisyam untuk menarik diri.
Bagaimanapun, mahkamah tidak dapat meneruskan prosiding pendengaran itu selepas Stanislaus memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya yang bercakap dengannya sebelum bermulanya prosiding hari ini, mahu beliau mengemukakan hujahan baharu dan tidak menggunakan hujahan yang telah disediakan Hisyam.
Hakim Aziah yang membenarkan permintaan itu kemudian menetapkan enam hari iaitu 10-13 Ogos dan 17-18 Ogos bagi pendengaran dan mengarahkan Stanislaus mengemukakan hujahan bertulis menjelang 1 Julai.
Bekas peguam N. Pathmanabhan, 45, dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24 dan Kathavarayan dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan membunuh
Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei, 2013, melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Pathmanabhan diwakili peguam Manjit Singh, Thilaiyalagan oleh peguam Gurbachan Singh dan Matan oleh peguam Amer Hamzah Arshad manakala pihak pendakwaan diwakili lima timbalan pendakwa raya diketuai Ishak Mohd Yusoff.
Bernama
Mon May 18 2015
Mahkamah Rayuan menangguhkan ke 10 Ogos untuk mendengar rayuan empat lelaki dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lain. -Gambar fail
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Indonesia setuju serah Mary Jane Veloso kepada pihak berkuasa Filipina
Indonesia bersetuju untuk memindahkan pekerja Filipina, Mary Jane Veloso yang disabitkan kesalahan dadah ke penjara di Filipina.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Singapura arah Meta maklumkan pengguna mengenai kenyataan palsu berkenaan hukuman mati
Ia berikutan penyiaran semula kenyataan palsu di platformnya mengenai penjadualan hukuman mati dan pendakwaan kes pengedaran dadah di Singapura.
Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis
Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS.
Jerman akan tutup tiga konsulat Iran selepas pelaksanaan hukuman mati lelaki dua kerakyatan
Langkah ini melibatkan perwakilan Iran di Hamburg, Frankfurt dan Munich, namun tidak termasuk kedutaan di Berlin.
Bunuh rakan: Hukuman mati bekas pekerja kilang diganti penjara 34 tahun
V. Veeran dan M.S. Sasitharan juga diperintah menjalani hukuman masing-masing dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 23 Jun dan 25 2014.
Iran gugur hukuman mati terhadap aktivis terkenal - Peguam
Hukuman ke atas Sharifeh Mohammadi akan dibicarakan semula dalam perbicaraan baharu, kata peguamnya, Ami Raissian.
Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.
Anak Sosilawati syukur pembunuh ibu akhirnya ke tali gantung
Anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh 14 tahun lalu bersyukur kerana pembunuh ibunya bakal ke tali gantung.