awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Tapah: Dua beranak dikenakan perintah tahanan bawah POCA

Bernama
Bernama
05/02/2016
16:19 MYT
Kes bunuh Tapah: Dua beranak dikenakan perintah tahanan bawah POCA
Kedua-dua beranak itu dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 19A (1) POCA. - Foto BERNAMA
Lembaga Pencegahan Jenayah malam ini mengeluarkan Perintah Tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) ke atas dua beranak berhubung kes pembunuhan empat individu di Jalan Pahang, Tapah, tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Goh Kok Liang dalam kenyataan di sini, berkata perintah tersebut dikeluarkan pada 9 malam dan berkuat kuasa hari ini.
Katanya kedua-dua beranak itu dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 19A (1) POCA.
Individu pertama seorang mekanik berusia 58 tahun diperintah menjalani tahanan di Pusat Pemulihan Khas Simpang Renggam, Johor selama dua tahun, manakala anak lelakinya yang berumur 21 tahun akan ditahan di Pusat Pemulihan Khas Kluang, Johor juga selama dua tahun.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua beranak tersebut selepas tempoh reman selama 59 hari sejak Disember lepas, yang dibuat mengikut Seksyen 4 (1)(a) POCA berakhir pada 5 Feb.
Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong memaklumkan dua beranak itu dibebaskan kerana siasatan tidak dapat diselesaikan sepanjang mereka direman.
Pada 26 Okt lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas.
Dua lagi suspek iaitu isteri dan anak mekanik itu yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan, dibebaskan tanpa syarat pada 2 Dis tahun lepas setelah didapati mereka tiada kaitan dengan kehilangan lelaki terbabit.
Topic Berkaitan
#akta pencegahan jenayah
#Jalan Pahang
#kes bunuh
#POCA
#Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan