MALAYSIA

Kes bunuh, tikam mangsa 12 kali: Suspek pakai pelitup muka, 'hoodie' masih diburu

Sinar Harian 12/01/2026 | 06:11 MYT
Rakam CCTV yang memaparkan suspek utama dilihat masuk ke pangsapuri mangsa yang ditemui maut dengan 12 kesan tikaman di Mantin, di sini, pagi 30 Disember lalu. -Foto ihsan PDRM
NILAI: Polis masih memburu suspek utama kes penemuan mayat lelaki dengan kesan 12 tikaman di sebuah unit pangsapuri di Mantin, di sini, pada 30 Disember lalu.


Ringkasan AI
  • Polis masih mencari suspek utama kes penemuan mayat lelaki dengan kesan 12 tikaman di Mantin pada 30 Disember lalu.
  • Dua rakan serumah mangsa yang tempoh reman berakhir hari ini telah dibebaskan dengan jaminan polis, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membabitkan kes bunuh; polis mendapati suspek utama telah datang ke kawasan pangsapuri mangsa sebelum kejadian.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Dua rakan serumah mangsa berusia 50 dan 51 tahun yang tempoh reman berakhir hari ini telah pun dibebaskan dengan jaminan polis atas arahan Timbalan Pendakwa Raya.

"Siasatan awal mendapati, mereka tidak terlibat dalam kejadian terbabit, namun siasatan lanjut masih dilakukan," katanya dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membabitkan kes bunuh.

Sebelum ini media melaporkan polis sedang memburu suspek utama yang dikatakan telah datang ke kawasan pangsapuri terbabit untuk bertanyakan lokasi rumah mangsa.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan masuk pangsapuri berkenaan pada 28 Disember lalu, lelaki tersebut telah dilihat datang memakai pelitup muka dan baju panas 'hoodie' menutup kepala. -Sinar Harian








Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah status terkini penyiasatan kes penemuan mayat lelaki dengan kesan 12 tikaman di Mantin?
    A: Polis masih memburu suspek utama dan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan.
  • Q: Mengapakah dua rakan serumah mangsa yang berusia 50 dan 51 tahun dibebaskan dengan jaminan polis?
    A: Siasatan awal mendapati mereka tidak terlibat dalam kejadian tersebut, namun siasatan lanjut masih diperlukan.
  • Q: Apakah sebab kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan?
    A: Kes disyaki membabitkan kes bunuh, oleh itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Q: Apakah tindakan yang telah diambil terhadap dua rakan serumah mangsa yang telah dibebaskan?
    A: Mereka dibebaskan dengan jaminan polis atas arahan Timbalan Pendakwa Raya setelah tempoh reman berakhir.
  • Q: Apakah maklumat penting yang diperoleh daripada rakaman CCTV di kawasan pangsapuri berkenaan?
    A: Rakaman CCTV menunjukkan suspek utama yang memakai pelitup muka dan baju panas 'hoodie' pada 28 Disember lalu, yang kini masih dalam proses pengejaran oleh pihak polis.



#12 tikaman #Mantin #pelitup muka #Seksyen 302 Kanun Keseksaan #hoodie