JERANTUT: Kerajaan tidak bercadang melaksanakan satu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara setakat ini, sebaliknya meneruskan perintah itu secara bersasar, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pelaksanaan PKP bersasar juga boleh dilakukan mengikut sistem Hotspots Identification for Dynamic Engangement (HIDE) yang boleh menunjukkan kawasan tertentu dengan penularan kes yang besar (titik panas) COVID-19 untuk dikenakan PKP.
"Jika ada kawasan titik panas, kita akan buat PKP tetapi mengikut kepada kampung, mukim atau daerah yang mempunyai kes penularan yang banyak dengan skala paling kecil ialah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), namun ia masih secara bersasar setakat ini.
"Bagaimanapun, macam-macam kemungkinan boleh berlaku kerana mengikut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika tiada intervensi daripada kerajaan, kes boleh sampai sehingga lebih 5,000 selepas raya dan boleh meningkat sehingga 10,000 kes pada Julai dan Ogos," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan laluan jambatan "Compact Bailey 100' Kampung Sungai Putat di sini hari ini, yang dihadiri Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Beliau ditanya jika kerajaan berhasrat melaksanakan PKP secara menyeluruh memandangkan peningkatan kes baharu yang tinggi sejak kebelakangan ini dengan 4,498 kes baru semalam, selain kebimbangan masyarakat jika PKP menyeluruh dikenakan pada saat-saat akhir sebelum Aidilfitri minggu depan.
Mengulas lebih lanjut, Ismail Sabri berkata Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi ini, juga membincangkan kemungkinan PKP pada hari raya, dengan keputusannya dijangka diumumkan pada petang ini atau selewat-lewatnya esok bagi memberi rakyat membuat persediaan sebaiknya.
Ismail Sabri juga mengesahkan MKN Pahang telah membuat permohonan supaya daerah Kuantan diletakkan di bawah PKP mengambil kira peningkatan kes positif di beberapa lokaliti di daerah itu sejak akhir-akhir ini, namun ia juga belum diputuskan.
Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan jambatan berkenaan, Ismail Sabri berkata pembinaannya dibuat selepas jambatan asal rosak akibat banjir teruk di Pahang awal tahun ini, menyebabkan ia ditutup sepenuhnya pada 24 Mac lalu.
Keadaan itu menyukarkan hampir 1,000 penduduk Kampung Sungai Putat dan kawasan sekitar ke bandar dan ke sekolah yang terletak di Felda Padang Piol di sini, menyebabkan mereka mengambil inisiatif membaiki sendiri jambatan dengan menggunakan batang pokok kelapa.
"Bagaimanapun, jambatan itu dilihat tidak selamat menyebabkan Tentera Darat Malaysia (TDM) menggerakkan dua Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) untuk melaksanakan pemasangan jambatan Compact Bailey 100 sepanjang 24 meter dengan lebar lima meter yang berjaya disiapkan dalam tempoh 17 jam pada 28 April lalu," katanya
Kerja pemasangan jambatan yang boleh bertahan sehingga 20 tahun itu melibatkan dua pegawai dan 58 anggota RAJD dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dikoordinasikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Jambatan itu merupakan jambatan bailey ketiga dibina TDM di Pahang yang rosak akibat banjir, iaitu selepas di Kampung Lechar,Raub dan Kampung Belimbing, Maran selain sebuah di Kampung Belum Baru, Lenggong, Perak.
Sementara itu, penduduk kampung Sarina Mohamed, 40, berkata kerosakan jambatan itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan laluan utama untuk ke bandar dan Felda berhampiran yang mengambil masa selama hampir sejam, berbanding hanya 10 ke 15 minit jika melalui jambatan tersebut.
"Sekolah terdekat berada di Padang Piol menyebabkan kami terpaksa keluar lebih awal iaitu jam 6.30 pagi untuk menghantar anak kerana jalan itu juga kecil dan berliku selain terpaksa berhenti memberi laluan jika ada lori sawit melaluinya," katanya.
Suri rumah, Che Norizan Che Dollah, 51, berkata jambatan yang merentangi Sungai Beletir itu pernah rosak akibat banjir pada 2014 namun keadaan lebih teruk pada tahun ini, dan beliau juga 'sempat' menggunakan jambatan batang kelapa itu selama seminggu sebelum JKR daerah menutup lalu lintas di situ atas faktor keselamatan.
Selain jauh, Che Norizan yang merupakan anak jati Kampung Sungai Putat berkata laluan utama untuk ke bandar juga agak sunyi kerana melalui kawasan ladang sawit menyebabkan dirinya risau untuk menunggang motosikal di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 08 2021
Ismail Sabri berkata Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MKN pagi ini, juga membincangkan kemungkinan PKP pada hari raya, dengan keputusannya dijangka diumumkan pada petang ini atau selewat-lewatnya esok. - Gambar fail
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.
PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.
PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.
PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.
PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).