awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 di Sabah masih terkawal - Masidi

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
12/08/2021
20:26 MYT
Kes COVID-19 di Sabah masih terkawal - Masidi
Kes positif COVID-19 di Sabah masih terkawal walaupun mencatatkan jumlah kes tertinggi pada Khamis. - Gambar hiasan/BERNAMA
KENINGAU: Kes positif COVID-19 di Sabah masih terkawal walaupun mencatatkan jumlah kes tertinggi pada Khamis.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata situasi terkawal tersebut merujuk kepada kadar penularan (infectivity rate) mengikut nisbah penduduk.
"Kes di Sabah amat tinggi tetapi kadar penularan masih terkawal.
"Kita perlu beralih kepada kiraan kadar jangkitan mengikut ratio (nisbah) jumlah penduduk.
"Jumlah kes baharu di Sabah hari ini (2052) lebih tinggi daripada Negeri Sembilan (899), Pulau Pinang (1,299) dan hampir 5 kali ganda lebih tinggi dari Melaka.
"Tetapi kadar penularan COVID-19 di Sabah lebih rendah berbanding Pulau Pinang (52-69), lebih rendah dari Negeri Sembilan (52-79), sama dengan Melaka (52-52)," jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Berikut adalah kadar jangkitan bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia mengikut negeri berdasarkan maklumat kes COVID-19 pada Khamis yang dikongsikan dalam kenyataan tersebut:;
Selangor - 96 kes Kuala Lumpur - 137 kes Johor - 45 kes Sabah - 52 kes Sarawak - 43 kes Negeri Sembilan - 79 kes Kedah - 110 kes Pulau Pinang - 69 kes Kelantan - 50 kes Perak - 37 kes Melaka - 52 kes Pahang - 37 kes Terengganu - 47 kes Labuan - 11 kes Putrajaya - 49 kes Perlis - 9 kes
"Mungkin ada yang mengatakan kita sudah gagal membendung penularan COVID-19 di negeri ini jika hanya melihat angka semata-mata dan mungkin kesimpulan itu ada asasnya.
"Barangkali kiraan kadar jangkitan (infectivity rate) mengikut ratio (nisbah) jumlah penduduk ini boleh menjadi kaedah kiraan yang lebih tepat untuk menentukan samada tinggi atau rendahnya tahap penularan dan jangkitan dalam kalangan penduduk," jelas kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Sabah
#COVID-19
#terkawal
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan