[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
MALAYSIA

Kes COVID-19 melonjak lebih 27,000, sidang media Khairy petang ini

Astro Awani 17/02/2022 | 05:29 MYT
Khairy Jamaluddin (kanan) dijangka membuat beberapa pengumuman susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 yang melepasi angka 27,000 pada Rabu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin dijangka membuat beberapa pengumuman susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 yang melepasi angka 27,000 kes pada Rabu, hari ini.
Khairy dijadual mengadakan sidang media di ibu pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya pada pukul 5 petang ini.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman Twitter rasmi KKM.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang ramai boleh menonton sidang media itu di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana saluran rasmi lain termasuk di astroawani.com
“Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB @Khairykj pada jam 5.00 petang ini secara langsung di FB KKM,” tulis KKM.
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #Khairy Jamaluddin #pengumuman