PUTRAJAYA: Seorang pemuda yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 13 tahun lepas hanya memperoleh ganti rugi sebanyak RM123,556 berbanding RM3.1 juta selepas menang dalam kes samannya terhadap Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ravintharan Paramaguru membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendapati jumlah ganti rugi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah terlalu tinggi.
"Ganti rugi am RM2 juta diperoleh responden (pemuda) terlalu tinggi dan tidak disokong oleh sebarang dokumentasi. Oleh itu, ganti rugi am RM2 juta dikurangkan kepada RM100,000 manakala ganti rugi khas dikurangkan daripada RM108,356 kepada RM23,556.
"Mahkamah juga mengetepikan ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM1 juta yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kerana kedua-dua ganti rugi itu tidak dinyatakan dalam pliding (tuntutan saman) dan tiada asas untuk membenarkan kedua-dua ganti rugi tersebut namun kos RM100,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan," kata Ravintharan yang bersidang bersama-sama Datuk See Mee Chun dan Mohamed Zaini Mazlan pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Selain kerajaan, empat lagi ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.
Dalam penghakimannya, Ravintharan berkata mahkamah tidak akan mengganggu dapatan hakim bicara yang mendapati kelima-lima defendan, yang merupakan perayu dalam kes ini, bertanggungjawab atas kelewatan rawatan terhadap pemuda itu di dua hospital.
Pada prosiding hari ini, kelima-lima perayu diwakili Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan dan Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy manakala pemuda itu diwakili peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar.
Kelima-lima defendan merayu terhadap keputusan Hakim Datuk Akhtar Tahir pada 7 April 2022 yang memberikan ganti rugi berjumlah RM3.1 juta kepada pemuda berusia 22 tahun itu.
Akhtar, dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada 27 Mei 2022, berkata kelewatan kakitangan perubatan merawat kecederaan plaintif telah melenyapkan harapan untuk menyelamatkan alat sulitnya.
Plaintif, yang memfailkan saman pada 19 Julai 2018 melalui ibunya, mendakwa proses bersunat pada 13 Dis 2010 ke atas beliau tidak dilakukan mengikut prosedur ditetapkan sehingga menyebabkan seluruh kepala zakar terpotong.
Akibat kecacatan kekal itu, ibu mangsa mendakwa anaknya yang ketika kejadian berusia 10 tahun telah berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Panel tiga hakim membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendapati jumlah ganti rugi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah terlalu tinggi. - Gambar hiasan

KSN umum pusingan kerja dan pelantikan baharu KSU
Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini memaklumkan penempatan baharu itu berkuat kuasa esok.

Ismail Sabri harap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuh
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuhkan di universiti serantau dan peringkat global dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
Kesalahan Jenayah Komersil Januari-Ogos 2023
[TERKINI] Keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah 27 Oktober
Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menetapkan 27 Oktober depan sebagai tarikh keputusan Petisyen Pilihan Raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Insiden pergaduhan DIBW: Seorang daripada ditahan didapati positif dadah
Seorang daripada empat lelaki yang direman bagi membantu siasatan insiden pergaduhan ketika acara DIBW 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lepas, didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine.
Polis KL tumpas 8 sindiket call centre berselindung di sebalik kediaman mewah
Polis menahan 155 individu kerana disyaki terbabit dengan sindiket calling centre dalam lapan serbuan berasingan di sekitar ibu negara dari 4 hingga 21 September lalu.
AWANI Ringkas: Lemas di kolam renang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelajar Malaysia di luar negara perlu kembali, terajui pembangunan negara - Johari
Johari berkata negara ASEAN terutama Malaysia, perlu lebih banyak melabur dalam pendidikan dan pembangunan bakat.

Lapan rakyat Sarawak jadi mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar
Polis menerima tiga laporan membabitkan lapan rakyat negeri ini yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan serta dipaksa bekerja dengan sindiket penipuan di Myanmar.

Jangan normalisasi perilaku ada unsur gangguan seksual - Nancy Shukri
Nancy berkata tiada ruang langsung wajar diberikan kepada gangguan seksual sama ada secara terang-terangan atau jenaka.

Kes cuai khatan: Pemuda hanya peroleh ganti rugi RM123,556
Panel tiga hakim membuat keputusan itu sebulat suara selepas mendapati jumlah ganti rugi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah terlalu tinggi.

Kes cuai khatan: Peguam, keluarga mohon kerajaan akur keputusan Mahkamah Tinggi
Mereka kesal dengan tindakan Jabatan Peguam Negara memohon untuk menolak sepenuhnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.