RAUB: Seorang wanita warga Pakistan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini berkaitan kes tular seorang kanak-kanak yang didakwa hampir menjadi mangsa culik.
Jika sabit kesalahan, tertuduh, Bibi Nasihat, 42 tahun, boleh didakwa mengikut Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dan dihukum di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan.
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, kertas pertuduhan tidak dapat dibaca di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya berikutan ketiadaan jurubahasa dan tertuduh tidak memahami Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya S Punitha mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan dua penjamin warganegara.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minima.
Menurutnya, tertuduh yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak berusia 12 tahun baharu sebulan tiba di negara ini.
"Tertuduh tidak bekerja, datang ke negara ini kerana mengikut suaminya yang telah menetap di sini sejak tahun 2013. Suami tertuduh bekerja di sebuah kedai perabot dengan pendapatan RM1,600 sebulan.
"Kami mohon agar wang jaminan dapat dikurangkan dengan mengambil kira latar belakang tertuduh, selain turut mengalami kesukaran untuk mendapatkan dua penjamin warganegara.
"Kami juga bersedia mencadangkan tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.
BACA: Dakwaan culik di Genting Highlands, dua wanita asing ditahan
BACA: Tular video cubaan culik kanak-kanak: Polis hubungi pemilik akaun TikTok
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Ahmad Faizadh membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin pemastautin tetap, dengan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 1 Nov ini bagi mendapatkan jurubahasa Pakistan dan fakta serta hukuman.
Isnin lalu, satu video berdurasi satu minit 20 saat melalui akaun TikTok milik @alfitry_azmi52 menjadi tular selepas dimuat naik di Facebook 'Daily Traffic Report'.
Menerusi video itu, seorang kanak-kanak didakwa hampir menjadi mangsa culik seorang wanita warga asing di Genting Highlands.
Susulan itu, pihak keselamatan Genting Highlands membuat laporan polis pada Isnin lalu.
Norfarhiza Mohd Atar
Thu Sep 29 2022
Bibi Nasihat (kelubung putih) dihadapkan di Mahkamah Sesyen Raub susulan kes tular seorang kanak-kanak dikatakan hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands. - Foto Astro AWANI
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah
Polis mengesahkan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands telah ditahan serta dituduh di mahkamah.
Pokok tumbang hempap lima kenderaan di Genting Highlands
Lima kereta rosak dihempap pokok tumbang di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel di Genting Highlands, petang tadi.
Tukang kebun buat laporan palsu disamun
Polis mengesan satu laporan palsu dibuat seorang tukang kebun yang mendakwa dirinya disamun oleh tiga lelaki di Genting Highlands, semalam.
Syarikat bas didakwa berkaitan kemalangan di Genting Highlands
Pengarah, M Kumar, 50, yang mewakili syarikat M Kumar Trans Tour Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar.
‘Cinta Di Awan’ konsert solo penutup 2024 buat Siti Nurhaliza
Konsert itu berlangsung selama dua jam setengah dan menyaksikan Siti mempersembahkan rangkaian lebih 30 lagu hit terhebatnya.
Pemandu bas persiaran terbabit nahas di Genting mengaku tidak bersalah
Pemandu bas persiaran yang terbabit nahas di Jalan Genting Highlands sehingga meragut nyawa dua pelancong warga China mengaku tidak bersalah.
Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini
Kerja pembaikan cerun di laluan itu sepatutnya siap pada Mac lepas namun berlaku sedikit kelewatan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
APAD batal, gantung lesen syarikat bas persiaran terlibat nahas Genting Highlands
Syarikat bas persiaran yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands pada Sabtu lepas kemungkinan berdepan hukuman penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Akta Pen
Nahas bas Genting Highlands: Permit tamat tempoh, syarikat pelancongan bakal didakwa - Loke
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarahkan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab syarikat itu dalam tempoh tiga hari.
Bas terbalik Genting Highlands: Lesen syarikat pelancongan digantung sementara
MOTAC menggantung sementara lesen syarikat pelancongan yang terlibat dalam insiden bas membawa pelancong China terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands pada Sabtu.