Dua daripada lima rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina sejak Julai tahun lepas dijangka tiba di Kuala Lumpur esok.
Tanpa mendedahkan tempat dan waktu mereka tiba, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka akan diambil keterangan berhubung kes berkenaan.
"Ketika ini mereka berada di Manila, Filipina bersama pihak berkuasa di sana dan akan tiba di Kuala Lumpur esok," kata Khalid yang enggan mengulas lanjut.
Khalid berkata demikian selepas menghadiri Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-210 Tahun 2017 di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.
Semalam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan mereka diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di selatan republik itu.
Mereka ialah Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, iaitu kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik oleh pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18 Julai lepas.
Sebelum ini, media asing melaporkan, kedua-dua mangsa yang dalam keadaan lemah dan tidak sihat diselamatkan oleh bot pasukan peronda Marin Filipina di perairan Pulau Pata di selatan Filipina.
Sehingga kini, tiga lagi warga Malaysia masih ditahan pengganas Abu Sayyaf iaitu Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang juga kru kapal tunda Serudong Tiga.
Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai perkembangan pembunuhan Kim Jong-nam, Khalid berkata pihaknya masih meneruskan siasatan.
"Setakat ini tiada perkembangan baharu, kami masih memburu tiga lagi suspek yang dipercayai masih berada di dalam Kedutaan Korea Utara di sini.
"Kami minta mereka (suspek Jong-nam) untuk serah diri dan bekerjasama dengan polis dalam siasatan kes ini," katanya enggan mengulas lanjut.
Tiga individu yang dipercayai berada di premis kedutaan Korea Utara ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, 44, dan kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37, serta Ri Ji-u, 30, yang juga dikenali sebagai James.
Pada 13 Feb lepas, Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 ketika menunggu penerbangan ke Macau.
Jong-nam, yang menggunakan pasport atas nama Kim Chol, mati ketika dibawa ke Hospital Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2017
KHALID: Ketika ini mereka berada di Manila, Filipina bersama pihak berkuasa di sana dan akan tiba di Kuala Lumpur esok.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia bincang keselamatan, kesiapsiagaan masa depan serantau
Pertemuan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Prabowo Subianto hari ini membincangkan pelbagai isu termasuk cabaran keselamatan dan mempromosi kestabilan di rantau Asia Tenggara.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.
Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.
ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.
Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).
Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.