Kes dakwaan cabul pegawai Anwar, polis panggil lapan individu termasuk ahli politik

Astro Awani
Disember 16, 2019 12:05 MYT
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis setakat ini telah merakamkan lapan percakapan saksi. - Gambar fail
Polis akan memanggil beberapa lagi individu termasuk ahli politik bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cabul oleh bekas pegawai penyelidik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis setakat ini telah merakamkan lapan percakapan saksi.
“Setakat ini kita telah merakam percakapan lapan saksi dan akan memanggil beberapa lagi individu termasuk ahli politik untuk membantu melengkapkan siasatan,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
BACA: Yusoff Rawther beri keterangan lebih tujuh jam di Bukit Aman
Media sebelum inj melaporkan Muhammed Yusoff Rawther membuat laporan polis susulan dakwaan dicabul oleh Presiden PKR itu pada 2 Oktober tahun lepas.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Anwar, yang mendakwa sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson pada tarikh berkenaan.
#Anwar Ibrahim #cabul #dakwaan cabul #Datuk Huzir Mohamed #laporan polis #muhammed yusoff rawther #PKR #siasatan