KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pengeluaran surat sokongan (LOS) kerajaan bagi mendapatkan pinjaman AS$3 bilion untuk usaha sama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Aabar Investment BVI Co dilakukan secara tergesa-gesa.
Semasa menyifatkan pengeluaran LOS itu sebagai 'yang pertama seumpamanya' dan 'dilakukan dengan amat pantas', Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, berkata berdasarkan pengalaman selama 25 tahun di kementerian tersebut, LOS berkenaan adalah yang pertama dikeluarkan kementerian tanpa kajian daya maju untuk aliran tunai projek.
"Kami perlu membuat kertas Kabinet pada hari yang sama, maklumat yang diberikan kepada kami tidak mencukupi dan kami perlu bekerja dengan apa sahaja maklumat terhad yang kami dapat.
"Tiada penilaian semasa mengenai pelaburan usaha sama itu, malah tiada, tiada apa-apa untuk kami melakukan kajian daya maju," katanya semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Pinjaman AS$3 bilion telah diluluskan oleh kerajaan melalui surat sokongan yang ditandatangani oleh Najib, yang merupakan Menteri Kewangan pada 2013.
Saksi pendakwaan ke-26 itu berkata unjuran aliran tunai adalah antara bahagian terpenting dalam pengeluaran LOS bagi kementerian menilai sama ada sebarang pelaburan mampu menghasilkan pendapatan yang sesuai untuk membayar balik pinjaman.
Ketika ditanya Sri Ram mengapa beliau tidak menemui sendiri Najib untuk menyuarakan kebimbangannya mengenai isu-isu yang menyelubungi 1MDB, Siti Zauyah berkata beliau tidak mempunyai akses langsung kepada perdana menteri ketika itu.
"Namun, saya memang pernah berjumpa dengan Menteri Kewangan II (Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah) tetapi beliau tidak mahu terlibat. Saya tidak boleh memintas bos saya untuk pergi ke PM. Ia juga bukan amalan untuk pegawai pergi terus kepada PM," katanya.
Semasa disoal mengenai keterangannya sebelum ini, Siti Zauyah berkata beliau diarahkan oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah supaya meneruskan pemprosesan LOS itu walaupun berdepan kekurangan untuk proses biasa bagi menjalankan kajian daya maju.
Sri Ram: Apabila melakukan apa yang kamu lakukan berhubung LOS ini, adakah kamu boleh bertindak melanggar arahan Mohd Irwan? Bolehkah kamu menentang arahannya?
Siti Zauyah: Saya boleh nasihatkan beliau tetapi terpulang kepadanya untuk menerima atau tidak... tapi beliau ada memberitahu saya bahawa ini (pengeluaran LOS) mendesak kerana datang daripada PM. Saya terpaksa melakukannya.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
Siti Zauyah berkata berdasarkan pengalaman selama 25 tahun di kementerian tersebut, LOS berkenaan adalah yang pertama dikeluarkan kementerian tanpa kajian daya maju untuk aliran tunai projek. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.