awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Sabtu ini
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat masih jalani rawatan - Peguam
Spotify perkenal ciri Listening Activity, Request to Jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 143.4 peratus

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/04/2022
09:28 MYT
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 143.4 peratus
Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menunjukkan peningkatan sejak awal tahun 2022. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menunjukkan peningkatan sejak awal tahun 2022.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata sehingga 23 April (Minggu Epid: 16) sebanyak 129 kes telah dilaporkan.
Menurut beliau, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 143.4 peratus, berbanding dengan 53 kes bagi tempoh yang sama tahun 2021.
“Sehingga 25 April, sebanyak enam lokaliti telah isytiharkan wabak iaitu Taman Desa Indah (enam kes), Taman Galeri Kepayang (tiga kes), Taman Mansion (3 Kes), Taman Pelangi ( 2 Kes), Taman Cempaka (tiga kes) dan Kampung Das Tambahan 2 (dua kes),” katanya ketika berucap sempema Mesyuarat Penuh MBI bulan April, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, kata beliau, tiada lokaliti wabak tidak terkawal atau hot spot.
Menurut Rumaizi, kerjasama dari semua pihak dalam melaksanakan aktiviti pencegahan, kawalan dan promosi kesihatan berkaitan kesedaran denggi telah membantu dalam kawalan kes denggi di lokaliti hot spot dan wabak tidak terkawal.
Beliau merakamkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya, Ahli Majlis yang telah turun padang membantu dalam program gotong royong kendiri dengan komuniti.
Sempena cuti panjang Hari Raya Aidilfitri, beliau menasihatkan warga kota Ipoh yang akan bercuti panjang keluar daerah supaya memastikan tiada bekas takungan air di dalam dan kawasan persekitaran rumah kediaman bagi memastikan tiada tempat-pembiakan jentik-jentik Aedes
Topic Berkaitan
#demam denggi
#Ipoh
#Majlis Bandaraya Ipoh
#Rumaizi Baharin
#Datuk Bandar Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan