awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi di P.Pinang menurun 86.05 peratus

Bernama
Bernama
19/02/2020
21:50 MYT
Kes demam denggi di P.Pinang menurun 86.05 peratus
Masyarakat diingat untuk terus mengambil langkah menghentikan penularan denggi dengan melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar bagi mengenal pasti dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes setiap minggu.
Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan 86.05 peratus dengan 205 kes direkodkan bagi tempoh awal Januari hingga 15 Feb lepas, berbanding tempoh sama pada tahun lepas yang mencatatkan 1,470 kes.
Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam kenyataan pada Rabu menyatakan dalam tempoh tersebut, hanya satu kematian akibat denggi dilaporkan berbanding lima kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Bagi minggu ketujuh tahun ini iaitu 9 Feb hingga 15 Feb, sebanyak 23 kes denggi telah dilaporkan, berbanding 31 kes pada minggu keenam (2 Feb hingga 8 Feb) iaitu penurunan lapan kes atau 25.81 peratus," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyatakan terdapat satu lokaliti wabak terkawal dilaporkan iaitu di Jalan Paya Terubong, daerah Timur Laut.
Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital apabila mengalami demam dan tanda-tanda penyakit denggi seperti sakit badan atau sendi, mengalami muntah, ruam pada kulit dan kurang selera makan.
"JKNPP mengingatkan masyarakat untuk terus mengambil langkah-langkah segera bagi menghentikan penularan penyakit denggi dengan melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar masing-masing bagi mengenal pasti dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes setiap minggu," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aedes
#demam denggi
#denggi
#Jabatan Kesihatan Negeri
#Jalan Paya Terubong
#jentik-jentik
#JKNPP
#kematian
#lokaliti wabak terkawal
#nyamuk aedes
#penurunan
#pulau pinang
#tempat pembiakan nyamuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan