awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi di Perak meningkat 218 peratus

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/08/2023
06:01 MYT
Kes demam denggi di Perak meningkat 218 peratus
A. Sivanesan berkata, bagi tempoh itu, sebanyak 2,005 kes dilaporkan, berbanding 646 kes tempoh sama tahun lalu. - Gambar fail
KAMPAR: Kes demam denggi di Perak meningkat sebanyak 218.1 peratus bagi tempoh Januari sehingga 5 Ogos tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A. Sivanesan berkata, bagi tempoh itu, sebanyak 2,005 kes dilaporkan, berbanding 646 kes tempoh sama tahun lalu.
Menurutnya, setakat ini terdapat satu kematian akibat denggi dilaporkan di Perak.
Katanya, kerajaan negeri, melalui Jabatan Kesihatan Perak, akan terus berusaha untuk memastikan kawasan rumah, institusi pendidikan, kawasan tumpuan awam bebas daripada pembiakan nyamuk dan mencegah penularan kes denggi.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini, menyeru kepada semua hadirin, agar dapat memikul tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan persekitaran.
“Manakala, bagi pesakit yang bergejala, mereka harus mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat.
“Tindakan untuk mendapatkan rawatan awal adalah penting bagi mengelakkan berlakunya komplikasi dan juga kematian dalam kalangan mereka yang menghidap demam denggi,” katanya.
Beliau berucap ketika merasmikan sambutan Hari Denggi Asean peringkat negeri Perak dan jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat peringkat daerah Kampar 2024 di Kompleks Rakan Muda, di sini, hari ini.
Sivanesan berkata, sehingga Julai lepas, terdapat sebanyak 237 pasukan Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) telah ditubuhkan di seluruh negeri Perak, dengan jumlah sukarelawan 2,300 orang.
“Penubuhan pasukan COMBI sebagai agen kesihatan dalam komuniti ini diharapkan dapat mengubah tingkah laku masyarakat setempat ke arah gaya hidup yang lebih sihat,” ujarnya.
Tambahnya, selain pasukan COMBI, Kementerian Kesihatan Malaysia turut memperkenalkan inisiatif One Hour Malaysia Clean Up, bagi memastikan tingkah laku memusnahkan tempat pembiakan Aedes dibuat secara konsisten.
Topic Berkaitan
#demam denggi
#Perak
#peningkatan kes
#A Sivanesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan