Kes demam denggi meningkat di Kedah

Astro Awani
Mei 10, 2017 08:33 MYT
Sebanyak 513 kes demam denggi dicatatkan sejak awal Januari 2017 hingga 6 Mei dengan peningkatan sebanyak 67.1 peratus berbanding 307 kes dalam tempoh sama tahun lalu. -Gambar fail
Sebanyak 513 kes demam denggi dicatatkan sejak awal Januari hingga 6 Mei tahun ini dengan peningkatan sebanyak 67.1 peratus berbanding 307 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Jabatan Kesihatan Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat ini lapan daerah menunjukkan peningkatan kes yang ketara.
Menurut pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail, daerah Kulim mencatatkan 131 kes berbanding 48 kes sebelum ini, dengan peningkatan sebanyak 83 kes.
Katanya Kuala Muda mencatatkan 189 kes dengan peningkatan sebanyak 61 kes, Kubang Pasu - 37 kes dengan peningkatan 21 kes dan Sik 19 kes dengan peningkatan sebanyak 14 kes.
Tambahnya, tiga daerah mencatatkan penurunan iaitu Pendang, Yan dan Kota Setar.
Menurut Dr Norhizan, Jabatan Kesihatan turut melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan demam denggi dengan melakukan pemeriksaan pembiakan Aedes ke atas 165,571 premis di seluruh negeri Kedah.
Daripada jumlah itu, 3,722 premis didapati mempunyai pembiakan jentik-jentik.
Sebanyak 1,811 kompaun dengan nilai RM905,500 dikeluarkan dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
361 notis dibawah Seksyen 8 juga dikeluarkan bagi arahan pembersihan.
#aedes #Datuk Dr Norhizan Ismail #demam denggi #Jabatan Kesihatan Kedah #Kota Setar #kuala muda #Kubang Pasu #Kulim #Yan