awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan

Bernama
Bernama
31/05/2024
15:34 MYT
Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME21 pula sebanyak 63 lokaliti berbanding 59 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. - Gambar hiasan/Wikipedia
PUTRAJAYA: Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 2,426 kes pada Minggu Epidemologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 19 Mei hingga 25 Mei lepas berbanding 2,461 kes pada minggu sebelumnya, dengan empat kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME21 adalah sebanyak 62,107 kes berbanding 46,257 kes bagi tempoh sama pada 2023.
"Terdapat 46 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 31 kematian bagi tempoh sama pada 2023," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME21 pula sebanyak 63 lokaliti berbanding 59 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.
Menurutnya, daripada 63 lokaliti yang dilaporkan, 44 lokaliti di Selangor, lapan lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, lima lokaliti di Kedah, masing-masing dua lokaliti di Sarawak dan Perak serta masing-masing satu lokaliti di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan chikhngunya, terdapat empat kes direkodkan pada ME21 dan jumlah kumulatif kes chikungunya hingga kini adalah 29 kes.
Bagi survelan zika pula, katanya sebanyak 1,049 sampel darah serta enam sampel urin telah dijalankan saringan zika, dan hasil kesemuanya adalah negatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam denggi
#Kumulatif Kes
#kematian
#lokaliti hotspot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan