awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi menurun, satu kematian direkod pada ME34 - KKM

Bernama
Bernama
02/09/2024
15:49 MYT
Kes demam denggi menurun, satu kematian direkod pada ME34 - KKM
Dr Muhammad Radzi berkata, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME34 adalah 85 lokaliti berbanding 91 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lepas kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya, dengan satu kematian akibat komplikasi direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME34 adalah sebanyak 94,807 kes berbanding 78,277 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Terdapat 84 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 55 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME34 adalah 85 lokaliti berbanding 91 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.
Daripada 85 lokaliti yang dilaporkan, katanya 68 lokaliti adalah di Selangor, empat lokaliti masing-masing di Negeri Sembilan dan Kelantan, tiga lokaliti masing-masing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Perak, dua lokaliti di Sabah serta satu lokaliti di Kedah.
Bagi survelan chikungunya, beliau berkata terdapat dua kes direkodkan pada ME34 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya setakat ini ialah 68 kes dan tiada wabak chikungunya dilaporkan dalam tempoh itu.
"Bagi survelan zika, sebanyak 1,781 sampel darah, lapan sampel urin serta tiga sampel cairan serebrospinal telah disaring dan keputusannya adalah negatif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denggi
#sampel darah
#lokaliti hotspot
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan