awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi naik 1.3 peratus minggu lepas

Bernama
Bernama
15/11/2022
04:48 MYT
Kes demam denggi naik 1.3 peratus minggu lepas
Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-45 tahun ini (ME45/22) iaitu dari 6 hingga 12 Nov meningkat sebanyak 22 kes atau 1.3 peratus kepada 1,715 berbanding 1,693 berbanding pada minggu sebelumnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-45 tahun ini (ME45/22) iaitu dari 6 hingga 12 Nov meningkat sebanyak 22 kes atau 1.3 peratus kepada 1,715 berbanding 1,693 berbanding pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu berkenaan.
"Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 52,977 kes berbanding 22,581 kes bagi tempoh sama 2021 iaitu peningkatan sebanyak 30,396 kes (134.6 peratus)," katanya.
Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 37 kematian akibat komplikasi denggi turut dilaporkan berbanding 18 kematian bagi tempoh sama pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 19 kematian.
Katanya, jumlah lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME45/22 juga meningkat kepada 68 berbanding 50 pada minggu sebelumnya.
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, 38 lokaliti hotspot berada di Selangor, Sabah (18), Kuala Lumpur dan Putrajaya (10) dan Perak serta Sarawak (masing-masing satu).
Mengenai survelan chikungunya, katanya, sebanyak enam kes direkodkan pada ME45/22 dengan tiga kes dari Pulau Pinang, Selangor (dua) dan Perak (satu).
"Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 688 kes," katanya.
Bagi survelan zika, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,800 sampel darah dan 16 sampel urin telah disaring dan hasil kesemuanya adalah negatif. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes demam denggi
#nyamuk aedes
#kes chikungunya
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan