NATIONAL
Kes denggi di Melaka catat penurunan

Kes denggi di Melaka menurun 43.95% hingga Minggu Epid 16 berbanding tahun lepas, dengan satu kematian dicatatkan. -Gambar fail/Wikipedia
MELAKA: Sebanyak 403 kes denggi dicatatkan di Melaka hingga Minggu Epid 16, menurun 43.95 peratus berbanding 719 kes bagi tempoh masa sama pada tahun lepas.
Ringkasan AI
- Kes denggi di Melaka menurun 43.95% hingga Minggu Epid 16 berbanding tahun lepas, dengan satu kematian dicatatkan.
- JKN Melaka menjalankan pelbagai tindakan kawalan termasuk semburan kabus, larvaciding, dan pelepasan nyamuk aedes berwolbachia.
- Projek pelepasan nyamuk berwolbachia di Taman Seri Telok Mas menunjukkan kejayaan penurunan kes hingga melebihi 70% dan akan diperluas ke lokaliti lain.
"Ia termasuk mengambil langkah pencegahan inovatif ke arah pengurangan kes denggi melalui kaedah pelepasan nyamuk aedes berwolbachia yang merupakan sebahagian inisiatif bersepadu dalam membanteras penularan penyakit bawaan nyamuk," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Projek Pelepasan Nyamuk Aedes Berwolbachia di Taman Seri Telok Mas, yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri Dr Ruzita Mustaffa.
Mengulas lanjut, Ngwe berkata projek di taman berkenaan merupakan lokaliti kelima dipilih selepas Taman Bemban Jaya, Pangsapuri Taman Tasik Utama, Desa Taming Sari Sungai Udang dan Pangsapuri Seri Utama.
Beliau berkata pelaksanaan pelepasan nyamuk wolbachia di lokaliti terbaharu itu setelah empat lokaliti sebelum ini menunjukkan kejayaan penurunan kes hingga melebihi 70 peratus.
"Taman Seri Telok Mas dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan ia akan bermula pada 28 April dengan pelepasan nyamuk aedes berwolbachia sebanyak 30 kali.
"Setiap pelepasan melibatkan 25,000 ekor dalam tempoh dua tahun enam minggu projek ini dijalankan dan projek di sini dijangka berakhir pada Februari 2027," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan projek itu turut disokong oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), jawatankuasa penduduk, pemimpin komuniti dan inisiatif ini dilihat bukan sahaja mengurangkan kes denggi di situ, malah memberi manfaat jangka panjang kepada kawasan sekitar.
Katanya, kejayaan daripada projek terbabit juga akan diperluas dan dilaksanakan di lokaliti lain berdasarkan keperluan sebagai satu kaedah baharu dalam pengawalan demam denggi di Melaka.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami