awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi di Pulau Pinang di tahap 'krisis' - Guan Eng

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
15/02/2016
10:14 MYT
Kes denggi di Pulau Pinang di tahap 'krisis' - Guan Eng
Orang ramai harus lebih peka terhadap kebersihan kawasan kediaman mereka untuk membendung penularan demam denggi. - Foto EPA/Fail
Kerajaan Pulau Pinang menyifatkan penyakit demam denggi di negeri itu sebagai mencapai tahap 'krisis' apabila ia mencatatkan sembilan kematian dalam tempoh 45 hari pertama tahun ini, peningkatan sebanyak 350 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui kes demam denggi di Pulau Pinang berada di tahap sangat membimbangkan apabila negeri itu mencatatkan sembilan kes kematian di antara awal Januari sehingga minggu lalu.
Justeru, Guan Eng menyeru rakyat di negeri itu untuk lebih peka terhadap kebersihan kawasan kediaman mereka untuk membendung penularan demam denggi.
"Penyakit denggi sekarang boleh dianggap sebagai sampai satu tahap krisis di Pulau Pinang kerana tidak sampai sebulan setengah sudah ada sembilan kes kematian berbanding dengan tahun lepas 19 kes.
"Pihak Kerajaan negeri pun tidak sangka dalam 45 hari sudah ada sembilan kes. Untuk mengurangkan jumlah kes, kita harap rakyat boleh lebih peka dan berikan perhatian yang lebih terhadap kebersihan, keselamatan kerana cara yang paling berkesan untuk melawan penyakit denggi ialah untuk menghalang atau mencegah ia dari terus membiak," katanya ketika menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Raffei Ramli, mangsa demam denggi yang meninggal dunia bulan lalu di Pangsapuri Ampang Jajar, di sini hari ini.
Pulau Pinang terus merekodkan peningkatan kes demam denggi sepanjang tahun lalu dengan 5,430 kes membabitkan 19 kematian, berbanding 2,558 kes melibatkan 11 kematian sepanjang tahun 2014.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menyeru semua pihak mengambil langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Sementara itu, balu Mohd Raffei, Hasnah Aziz berkata, pada awalnya mereka menyangka suaminya hanya mengalami demam biasa dan tidak menyangka ia meragut nyawa dalam tempoh hanya beberapa hari.
"Mula-mula dia demam, demam biasa. Saya bawa dia pergi Klinik Kesihatan Mak Mandin ambil darah. Mereka (doktor) tidak menyangka arwah kena denggi.
"Lepas balik, dia mengadu sakit...saya ajak dia pegi hospital, dia tidak mahu," katanya.
Selain itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr Noolia Yahaya juga menasihatkan orang ramai supaya memainkan peranan untuk memastikan kebersihan kawasan sekitar rumah mereka dan tidak hanya bergantung kepada pihak kementerian.
"Sebenarnya kita (Kementerian Kesihatan) amat berharap kerjasama daripada penduduk sendiri untuk menjaga kesihatan mereka sebab Jabatan Kesihatan Pulau Pinang cuma mempunyai 300 lebih anggota untuk menjaga dan memeriksa 1.7 juta penduduk Pulau Pinang.
"Jadi luangkan pada setiap minggu hanya 10 minit untuk memeriksa persekitaran rumah supaya tiada pembiakan jentik-jentik dan janganlah membuang sampah merata-rata," katanya.
Menurut Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan, bilangan kes denggi terkumpul di Malaysia dari 3 Jan hingga 7 Feb 2016 telah mencatatkan sebanyak 17,493 kes.
Topic Berkaitan
#demam denggi
#jentik-jentik
#kes demam denggi
#krisis demam denggi
#nyamuk aedes membiak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan