KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada 2021.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi denggi yang dilaporkan pada 2022 pula ialah 56 berbanding 20 bagi tempoh sama pada 2021 iaitu peningkatan 36 kematian atau 180 peratus.
"Peningkatan kes dan kematian akibat denggi ketika ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Membanteras denggi adalah tanggungjawab semua," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan pencegahan amat diperlukan bagi memastikan kejadian demam denggi dapat diatasi dan semburan racun serangga tidak akan menyelesaikan masalah jika tempat pembiakan nyamuk Aedes tidak dihapuskan.
Dr Noor Hisham berkata faktor yang menyebabkan peningkatan kes ialah pergerakan manusia apabila semua sektor dibuka sepenuhnya setelah pandemik COVID-19 menjadikan lebih mudah menyebarkan virus denggi ke tempat lain.
Katanya pesakit denggi tidak bergejala yang melawat ke tempat baharu boleh menyebarkan virus itu apabila digigit nyamuk Aedes.
Beliau berkata faktor lain ialah apabila berlaku perubahan serotaip denggi kepada DEN 4 di kebanyakan negeri menyebabkan peningkatan kes dan kematian serta tabiat segelintir masyarakat yang tidak membuang sampah di tempat pelupusan disediakan turut menyumbang kepada tempat pembiakan Aedes.
"Faktor cuaca, suhu serta bencana banjir yang dialami dapat mempengaruhi perkembangan nyamuk dan larva yang menyebabkan populasi Aedes meningkat seterusnya menyebarkan virus denggi," katanya.
Bagi menurunkan kejadian kes dan wabak denggi, Dr Noor Hisham menyarankan negeri yang dilanda banjir seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak agar melaksanakan aktiviti pembersihan longgokan sampah serta sisa seminggu selepas air surut untuk mengelak daripada ia menjadi tempat pembiakan Aedes.
Katanya pihak berkuasa tempatan juga hendaklah memastikan urusan pelupusan sampah berjalan sempurna dan teratur manakala masyarakat diingatkan agar menjalankan aktiviti 'cari dan musnah' tempat pembiakan Aedes di kawasan persekitaran kediaman masing-masing setiap minggu.
Dr Noor Hisham turut mencadangkan penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik di kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes seperti pam tandas, kolam hiasan dan kolah air manakala bekas penyimpanan air hendaklah ditutup rapat agar nyamuk tidak dapat bertelur.
"Pastikan tiada air bertakung di penutup bekas penyimpanan air, alas penapis air, palong air hujan, alas pasu dan sebagainya," kata beliau.
Beliau berkata survelan chikungunya merekodkan sebanyak 13 kes pada Minggu Epidemiologi ke-52 dengan lapan kes dari Pulau Pinang, empat kes dari Selangor serta satu kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Katanya jumlah kumulatif kes chikungunya bagi 2022 pula ialah 814 berbanding 1,432 kes pada 2021.
Dr Noor Hisham berkata bagi survelan zika sepanjang 2022, sebanyak 2,238 sampel darah serta 18 urin telah disaring dan hasilnya adalah negatif.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023

Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada 2021. - Gambar hiasan

Tiga sekeluarga cedera, banglo dua tingkat terbakar di Ayer Tawar
Tiga sekeluarga cedera dalam kebakaran yang melibatkan kebakaran sebuah banglo dua tingkat di Taman Dinding, Ayer Tawar, Beruas, hari ini.

Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa sabitan Sam Ke Ting bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan.

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di Labuan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun di Labuan hari ini.

Ab Rauf selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT).

Kes SRC: Kecewa dengan alasan penghakiman - Shafee
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya sangat kecewa dengan alasan yang disediakan dalam penghakiman majoriti bagi permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula kes SRC. #AWANInews

SRC International: Najib kehabisan 'saluran' rayuan, tidak kebal undang-undang - Sithambaram
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua 'saluran' rayuan dalam kes rasuah SRC International di peringkat mahkamah.

Aidilfitri: Bimbang kesesakan teruk, NGO mohon JKR tangguh tutup jalan di Gua Musang
Martabat memohon JKR mengkaji semula arahan penutupan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis bagi kerja-kerja pembinaan LTU.

Gangguan sistem di beberapa pintu masuk Singapura - ICA
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan pihaknya kini sedang mengalami gangguan sistem di beberapa pusat pemeriksaan penumpang.

Dua maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di luar restoran di Tennessee, AS
Dua maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah restoran di Memphis, Tennessee.

Ambil peluang lawat panda Yi Yi, Sheng Yi sebelum dihantar pulang ke China
Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak panda Yi Yi dan Sheng Yi di Zoo Negara.

Kes demam denggi catat peningkatan, satu kematian minggu lepas - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.

Kes denggi di Pahang meningkat
Sebanyak 228 kes deman denggi direkodkan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga 25 Mac lalu.

Sebanyak 20 kawasan panas wabak denggi dikesan di Sabah - Jabatan Kesihatan
Sebanyak 20 kawasan di Sabah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak denggi dengan daerah Sandakan tertinggi membabitkan 11 kawasan.

Kumulatif kes demam denggi meningkat 205.6 peratus
Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal tahun sehingga kini meningkat kepada 13,094 kes.

Kes demam denggi di Selangor dijangka meningkat 150 peratus
Selangor dijangka berdepan peningkatan kes demam denggi sebanyak 150 peratus pada tahun depan jika masyarakat tidak menangani pembiakan nyamuk Aedes dengan serius.

Kes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022 - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada 2021.

Kes demam denggi naik 1.3 peratus minggu lepas
Dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada minggu berkenaan.

Kes demam denggi meningkat pada Minggu Epidemiologi ke-40
Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 1,474 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-40 iaitu dari 2 hingga 8 Okt ini berbanding 1,460 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi di P. Pinang meningkat 93.2 peratus
Bagaimanapun, setakat ini tiada kematian membabitkan kes demam denggi direkodkan di Pulau Pinang.

Kes demam denggi di Pulau Pinang catat peningkatan minggu lepas
Ketika ini terdapat lapan lokaliti wabak aktif iaitu satu hotspot di Taman Air Itam dari daerah Timur Laut manakala satu lokaliti wabak tidak terkawal di Desa Baiduri dari daerah sama.