Kes denggi meningkat 250 peratus di Labuan

Bernama
Julai 17, 2018 04:38 MYT
Di Labuan kini, terdapat lapan kluster denggi yang aktif dengan kluster terbesar di Kampung Bebuloh Laut. - Gambar hiasan/flickr/AFPMB
Labuan mencatatkan peningkatan kes denggi hampir 250 peratus kepada 62 kes setakat 15 Julai lalu tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata pada masa ini terdapat lapan kluster denggi yang aktif dengan kluster terbesar di Kampung Bebuloh Laut.
Kawasan lain ialah Kampung Layangan, TUDM Membedai dan petempatan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian di Kampung Kiansam dan Saguking, katanya kepada Bernama.
Bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas, Labuan mencatatkan keseluruhan 70 kes denggi. -- Bernama
#denggi #Kampung Bebuloh Laut #Labuan