PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi mencatatkan peningkatan sebanyak 214 kes atau 9.63 peratus kepada 2,435 kes pada Minggu Epidemiologi ke-45 (ME45) iaitu bagi tempoh 5 hingga 11 Nov berbanding 2,221 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata terdapat dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME45.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 103,371 kes berbanding 52,977 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 50,394 kes atau 95.1 peratus.
"Sejumlah 80 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 37 kematian bagi tempoh sama tahun lepas," katanya.
Bilangan lokaliti hotspot pula meningkat kepada 70 lokaliti berbanding 67 lokaliti pada minggu sebelumnya dengan 45 lokaliti di Selangor, masing-masing tujuh di Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya, lima di Sabah, dua di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta masing-masing satu lokaliti di Pahang dan Sarawak.
Mengenai survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak tiga kes chikungunya direkodkan pada ME45 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini 184 kes.
Bagi survelan zika pula sebanyak 3,159 sampel darah dan 331 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Dr Muhammad Radzi berkata, kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 103,371 kes berbanding 52,977 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 50,394 kes atau 95.1 peratus. - Gambar fail/Pixabay

Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
AWANI Ringkas: Ditipu sindiket tawaran pekerjaan di utara Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada perunding luar digunakan dalam perkhidmatan awam
Khidmat perunding luar tidak akan digunakan dalam perkhidmatan awam kecuali dalam keadaan kepakaran tertentu tidak dimiliki, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malu punca lelaki enggan jalani pemeriksaan kanser Prostat
Perasaan malu dengan saringan kanser prostat yang memerlukan prosedur sentuhan di bahagian sulit merupakan antara alasan ramai lelaki enggan menjalani saringan kesihatan itu.
Amalkan sifat keterbukaan
Bekas Pengerusi CIMB Bhd yang juga pemandiri kanser prostat, Tan Sri Nazir Razak meminta orang orang supaya lebih bersifat terbuka kerana pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.
JKDNKA capai sasaran rampasan RM1 bilion tahun ini
PDRM rampas pelbagai barangan termasuk barang seludup bernilai lebih RM920 juta serta menahan seramai 5,099 individu menerusi pelbagai operasi bermula awal hingga penghujung Nov lalu.
Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-15 melabuhkan tirainya selepas 32 hari bersidang sejak 9 Okt hingga 30 November, dengan 12 rang undang-undang diluluskan termasuk Belanjawan 2024.
Sindiket tipu kerja: 121 rakyat Malaysia pulang dari Laukkaing, Myanmar
Seramai 121 rakyat Malaysia yang terkandas di Laukkaing, utara Myanmar ekoran pergolakan di wilayah berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air, pada Jumaat.

Kes denggi meningkat, dua kematian direkodkan pada ME45
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata terdapat dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME45.

2,427 kes demam denggi dilapor pada ME30
Sebanyak 2,427 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi 30 (ME30) iaitu bagi tempoh 23 hingga 29 Julai lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.