PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,525 kes pada Minggu Epidemiologi ke-02 (ME02) 2024 iaitu bagi tempoh 7 Jan 2024 hingga 13 Jan 2024 berbanding 3, 181 kes pada minggu sebelumnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata sepanjang tempoh itu, dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.
Dari segi bilangan lokalilti hotspot, beliau berkata jumlahnya meningkat kepada 136 berbanding 130 minggu sebelumnya, dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 106 lokaliti, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (17), Perak (5) dan Negeri Sembilan (empat).
Pulau Pinang dan Sabah masing-masing dua lokaliti.
Bagi survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata tiada kes direkodkan pada ME02 dan hanya satu kes dilaporkan setakat ini bagi tahun ini dengan tiada wabak chikungunya dilaporkan.
Sementara itu bagi survelan zika, beliau berkata sebanyak 50 sampel darah telah diambil dan kesemua hasil saringan adalah negatif.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Dr Muhammad Radzi berkata sepanjang tempoh itu, dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan. - Gambar hiasan/Pixabay
Istiadat perkahwinan Tengku Arif dan Tengku Natasya bermula 22 Okt
Istiadat perkahwinan anakanda Sultan Pahang, Putera Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dengan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijadual bermula dengan Istiadat Meletak Kerja pada Selasa 22 Oktober di Istana Abdulaziz, Kuantan.
Laporan Khas: Kisah Badak Sumatera berakhir beralih ke Gajah Pygmy
Selepas usaha untuk menyelamatkan badak Sumatera terakhir gagal, pasukan BORA segera mengambil langkah untuk memulihara gajah pygmy yang semakin terancam. Segala usaha yang dilakukan adalah bagi mengelak konflik antara gajah dan manusia.
Orang ramai diminta berwaspada, monsun timur laut mungkin bermula akhir Okt
Monsun Timur Laut dijangka bermula seawal minggu keempat bulan ini berbanding ramalan awal.
Selesaikan segera konflik Myanmar
Penyertaan Timor Leste dalam Asean mampu memberi nilai tambah.
Lebih 100 peratus tempat kediaman sasaran di Sabah dilawati
Banci Pertanian 2024 yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sejak 7 Julai hampir sampai ke penghujungnya di negeri Sabah.
#AWANIRingkas 8 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 Oktober 2024
1️⃣ Monsun Timur Laut mungkin bermula hujung Oktober
2️⃣ Belum ada keputusan henti subsidi anak orang kaya
3️⃣ Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan negara
#awaniringkas
1️⃣ Monsun Timur Laut mungkin bermula hujung Oktober
2️⃣ Belum ada keputusan henti subsidi anak orang kaya
3️⃣ Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan negara
#awaniringkas
METMalaysia sedang naik taraf sistem HPC, ramal cuaca sehingga 14 hari akan datang
Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi atau High Performance Computing (HPC) dijangka beroperasi pada 2026.
Ringgit ditutup rendah ketika hasil AS meningkat
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang mendadak.
Agenda AWANI: Cuaca buruk, waspada bencana
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh diramal bermula November berterusan hingga Mac 2025, apa persediaan perlu dilakukan untuk kurangkan risiko impak dan siap siaga ancaman bencana yang berlaku?
Diskusi 8.30 malam.
Diskusi 8.30 malam.
Abang Johari cadang Akademi Penerbangan CENTEXS dikenali Akademi Aeroangkasa
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan agar nama Akademi Penerbangan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di sini, ditukar kepada Akademi Aeroangkasa.
Kes denggi meningkat pada ME02, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,525 kes pada Minggu Epidemiologi ke-02 (ME02) 2024 iaitu bagi tempoh 7 Jan 2024 hingga 13 Jan 2024 berbanding 3, 181 kes pada minggu sebelumnya.