awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi turun 6.8 peratus, empat kematian pada ME52

Bernama
Bernama
05/01/2024
12:17 MYT
Kes denggi turun 6.8 peratus, empat kematian pada ME52
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti 'hotspot' yang dilaporkan pada ME52 adalah sebanyak 134 lokaliti berbanding 131 pada minggu sebelumnya. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi menurun 6.8 peratus kepada 2,715 kes pada Minggu Epidemiologi ke-52 (ME52) iaitu bagi tempoh 24 hingga 30 Dis lepas, berbanding 2,913 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Dalam kenyataan mengenai situasi demam denggi di Malaysia hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME52, yang merupakan minggu epidemiologi terakhir bagi 2023.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME52 meningkat 86.3 peratus kepada 123,133 kes berbanding 66,102 kes bagi tempoh sama pada 2022.
"Sejumlah 100 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 56 kematian bagi tempoh yang sama pada 2022," katanya.
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti 'hotspot' yang dilaporkan pada ME52 adalah sebanyak 134 lokaliti berbanding 131 pada minggu sebelumnya.
Lokaliti berkenaan adalah 104 di Selangor, sembilan di Perak, lapan di Putrajaya dan Kuala Lumpur, tujuh di Negeri Sembilan, dua di Pulau Pinang dan Sabah serta masing-masing satu lokaliti di Kedah dan Sarawak.
Bagi survelan chikungunya pula, beliau berkata terdapat satu kes direkodkan pada ME52 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 197 kes.
Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan zika, sebanyak 3,939 sampel darah dan 445 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam denggi
#jumlah kumulatif
#sampel darah
#ME52
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan