awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dera: Adik mangsa disyaki turut terima nasib sama

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/05/2022
04:25 MYT
Kes dera: Adik mangsa disyaki turut terima nasib sama
Pasangan suami isteri yang ditahan reman hari ini disyaki turut mendera adik lelaki mangsa yang diselamatkan polis dan kini menerima rawatan di hospital.
IPOH: Polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki, yang merupakan adik kepada kanak-kanak perempuan yang disyaki meninggal dunia awal pagi semalam akibat didera.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak berusia enam tahun itu, yang disyaki turut didera, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini, beliau memberitahu, terdapat kesan kecederaan fizikal lama dan baharu ke atas kanak-kanak lelaki itu.
Difahamkan, mangsa diselamatkan dari sebuah rumah di Desa Pengkalan Bandaraya, di sini, malam tadi.
Pada 3.50 petang semalam, polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak yang disyaki didera.
Menurut Mior Faridalathrash, pasangan itu adalah ibu dan bapa saudara yang merupakan penjaga mangsa.
Katanya, penahanan itu ekoran satu laporan polis dibuat pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB kira-kira jam 3.14 pagi semalam.
Menurutnya, berdasarkan laporan itu, pihak hospital menerima seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dibawa ambulans dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi.
Katanya, pemeriksaan ke atas mayat mendapati terdapat kesan-kesan cedera, disyaki akibat didera, dan bedah siasat Jabatan Forensik HRPB mendapati punca kematian adalah ‘multiple blunt injury’.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#Ipoh
#kecederaan fizikal
#kanak-kanak didera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan