awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dera anak di Klang: Bapa tiri akan didakwa

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2012
02:32 MYT
Kes dera anak di Klang: Bapa tiri akan didakwa
Kertas siasatan berhubung kes dera kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun oleh bapa tirinya telah siap dan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya Isnin ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Superitendan Jani Ahmad berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan timbalan pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya.
Beliau menambah, timbalan pendakwa raya akan menentukan tindakan susulan setelah meneliti kes berkenaan.
"Hampir semua proses telah diselesaikan termasuk kenyataan oleh pesalah. Sekarang hanya menunggu arahan daripada peguam negara untuk mendakwa,” Jani Ahmad berkata.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan suspek selepas ditahan.
Kanak-kanak berkenaan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Polis sebelum ini telah mengambil kenyataan empat individu termasuk ibu tiri dan ibu kandung mangsa, jiran serta doktor bagi membantu siasatan.
Klip video berdurasi lapan minit 33 saat itu mencetuskan perbualan hangat selepas ia memaparkan rakaman seorang lelaki yang menampar dan membaling seorang kanak-kanak dimuatnaik ke Laman Sosial Facebook Selasa lepas.
Topic Berkaitan
#imbalan Ketua Polis Daerah Klang Superitendan Jani Ahmad
#kertas siasatan
#Kes dera kanak-kanak oleh bapa tiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan