awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dera: Pemilik taska, dua pengasuh dihadapkan ke mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2017
05:19 MYT
Kes dera: Pemilik taska, dua pengasuh dihadapkan ke mahkamah
Kes disebut semula 21 Februari ini. - Gambar hiasan
Tiga wanita termasuk seorang pemilik taska dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kajang dekat sini hari ini atas 10 pertuduhan berhubung penganiayaan terhadap seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki berusia antara 11 bulan dan setahun yang gambar mereka diikat menggunakan kain lampin pada kaki dan tangan menjadi tular di laman sosial Facebook, dua minggu lalu.
Pemilik taska, Sayani Ahmad, 46; penyelia, Nur Azureen Mohamad Nordin, 24; dan pekerja, Nur Hazirah Mohd. Azuki, 25, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Mengikut pertuduhan, Sayani didakwa atas tiga pertuduhan menganiaya dua kanak-kanak lelaki berusia setahun empat bulan dan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Sementara Nur Azureen dan Nur Hazirah masing-masing didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat bersama Sayani dengan menganiaya mangsa yang sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman sama.

Sayani turut didakwa menjalankan pengurusan taman asuhan kanak-kanak tanpa lesen, di premis sama di Taska Ilham Kasih, No. 1, Jalan 15/5, Garden Home, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 3 Januari lalu.
Kes disebut semula 21 Februari ini.
Topic Berkaitan
#dera bayi
#kes dera
#kes mahkamah
#pemilik taska
#pengasuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan