MALAYSIA
Kes Dr Mahathir saman Anwar diteruskan Januari 2026
Dalam dokumen yang difailkan pada 3 Mei 2023, Dr Mahathir memfailkan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta. - Gambar fail
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan perbicaraan kes saman bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan pada 13 Januari 2026.
Kes berkenaan membabitkan saman RM150 juta berhubung ucapan Perdana Menteri ke-10 itu dalam Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: 'Perlaksanaan Sebuah Idealisme', dua tahun lalu.
Tarikh-tarikh lain di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Donald Joseph Franklin ialah pada 14, 28 dan 29 Januari serta 9 Februari tahun sama.
Prosiding bersambung tahun depan kerana pihak Anwar selaku defendan tidak berkelapangan pada bulan ini dan Disember.
Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada 10 Julai lalu diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Rasyid Azman sementara peguam, Aliff Benjamin Suhaimi hadir bagi pihak Anwar, 78.
Dalam dokumen yang difailkan pada 3 Mei 2023, Dr Mahathir memfailkan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan berkenaan.
Dr Mahathir sebagai plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Anwar selaku defendan tunggal.
Dalam pernyataan tuntutan, Dr Mahathir mendakwa Anwar telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.
Menurut beliau, ia termasuk kenyataan kononnya plaintif ‘membolot’ harta untuk anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi.
Sedangkan katanya, kenyataan berkenaan tidak benar dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Anwar yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam penyataan pembelaan pada 14 Jun tahun sama mendakwa saman Dr Mahathir sebagai melemahkan kredibilitinya selaku Perdana Menteri selain mewujudkan perpecahan kaum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Anwar berkata, berdasarkan Sijil Perakuan Segera yang difailkan plaintif, ia menyatakan tindakan saman mesti dilupuskan dengan segera kerana (ketika itu) enam negeri akan membubarkan sidang DUN bagi memberi laluan kepada PRN.
Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Selain itu, beliau turut membangkitkan isu pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd yang mana anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz adalah pengarah syarikat tersebut pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009. - Sinar Harian